Monday, 26 September 2016

Rupanya Ini Dalang Jual Gelaran Datuk

Rupanya Ini Dalang Jual Gelaran Datuk. Polis menahan seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang sindiket penipuan mendapatkan gelaran ‘Datuk’ di Macap Baru, Durian Tunggal di Melaka, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki berumur 68 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan polis pada kira-kira pukul 10 malam.

Rupanya Ini Dalang Jual Gelaran Datuk.  Beliau berkata dengan penahanan lelaki itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek ditahan berhubung kes itu kini seramai 9 orang.

“Suspek dipercayai mengenali mangsa (peguam) dan direman 4 hari bermula hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.

Semalam, Bernama melaporkan seramai 8 individu terdiri daripada 4 lelaki dan 4 wanita berumur lingkungan 30 sehingga 40 tahun ditahan berhubung kes itu.

Rupanya Ini Dalang Jual Gelaran Datuk


Polis menerima laporan daripada seorang peguam lelaki berusia 63 tahun yang mendakwa telah diperdaya supaya membayar RM604,000 untuk didermakan kepada sebuah yayasan sebagai syarat untuk pengadu mendapatkan gelaran Datuk.

Mengulas mengenai tangkapan 8 suspek yang ditahan di sekitar Kelantan, Perak dan ibu negara pada Khamis lepas, Acryl Sani berkata mereka terdiri daripada pembantu peribadi, peniaga, pekerja hotel, suri rumah, pengawal keselamatan kelab malam, broker dan ejen insurans.

Rupanya Ini Dalang Jual Gelaran Datuk. “Kesemua yang ditahan dijangka dituduh di Kuching, Sarawak esok,” katanya. Katanya, setakat ini polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.



Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...