Friday, 23 September 2016

Pendedahan Mengejutkan Dari Mukhriz Mahathir

Pendedahan Mengejutkan Dari Mukhriz Mahathir. Dalam salah satu kiriman di halaman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU ada satu perkongsian screenshot Telegram tentang nasihat Mukhriz kepada jentera parti yang membuka kaunter pendaftaran ahli baru BERSATU.

Dalam screenshot itu difahamkan Mukhriz menasihatkan tenaga kerja parti itu di Putrajaya agar pendaftaran ahli tidak dibuat di tempat terbuka disebabkan penjawat awam merasa takut kerana SB mengambil gambar setiap orang daripada mereka.

Pendedahan Mengejutkan Dari Mukhriz Mahathir. Kalau dahulu, kita faham kesemua Polis Cawangan Khas, SB ini bekerja untuk Tun Mahathir, dan tentu sekali untuk Mukhriz sendiri semasa masih dalam kerajaan.

Namun kini SB sudah berpaling arah, bertugas untuk musuh politik mereka, iaitu pihak Najib dan Rosmah. Bak kata pepatah yang cukup popular, hidup di dunia ini bagaikan roda, ada masa kita di atas, sampai masa kita di bawah.

Inilah rasanya jadi pembangkang, jika dahulu kamu zalim mungkin sekarang masanya kamu akan dizalimi seperti mana kamu menzalimi orang lain suatu masa dahulu.

Pendedahan Mengejutkan Dari Mukhriz Mahathir


Kepada Najib dan Rosmah juga, janganlah angkuh saat kamu berada di atas, kerana akan sampai masa kamu turun ke bawah. Aku yakin masa itu akan sampai tidak lama lagi.




Iklan
Image

Image





1 comment:

  1. sebaik2 perancangan... Allah maha merancang... tiada rancangannya yg akan terbabas sedikit pun...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...