Tuesday, 6 September 2016

Pendedahan Mengejutkan Buat Rakyat Dari Switzerland

Pendedahan Mengejutkan Buat Rakyat Dari Switzerland. Tabung Bruno Manser (BMF) menggesa Leonardo DiCaprio dan yayasan pelakon terkenal itu memulangkan semua wang diterima daripada 1MDB kepada rakyat Malaysia.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Switzerland itu juga mahu DiCaprio dan yayasannya mendedahkan kaitan kewangan mereka dengan 1MDB.

Pendedahan Mengejutkan Buat Rakyat Dari Switzerland. BMF turut menghantar sepucuk surat kepada Julius Baer, bank utama yang dikaitkan dengan Yayasan Leonardo DiCaprio untuk mempersoalkan kewajaran menerima sumbangan daripada Politically Exposed Persons (PEPs) di Malaysia.

BMF turut mendedahkan, beberapa surat dihantar 10 hari lalu untuk mengingatkan DiCaprio dan yayasan beliau yang mereka menerima dana disalurkan 1MDB.

Surat itu menyatakan urusan mereka dengan Low Taek Jho (Jho Low), Tan Kim Loong dan Red Granite Pictures yang dimiliki Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Gesaan kami dilaporkan pelbagai media di seluruh dunia,” kata BMF dalam satu kenyataan.


Pendedahan Mengejutkan Buat Rakyat Dari Switzerland


Ia termasuk The Hollywood Reporter, The Guardian, Fox News, CBS News, El Pais, La Repubblica dan Milliyet.

Stesen televisyen Perancis, TF1 menyiarkan satu laporan khas selama 8 minit yang boleh diakses melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=xJtA-WfmFu0.

BMF berkata, DiCaprio dan yayasan beliau tidak sepatutnya menerima dana yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah di Malaysia.

Menurutnya, pengalaman jangka panjang di Borneo seperti yang digariskan dalam buku “Wang Pembalakan l “, (www.money-logging.org) menunjukkan rasuah adalah punca utama kemusnahan hutan hujan di Asia Tenggara.

BMF berkata, ia mengiktiraf peranan penting Yayasan Leonardo DiCaprio dalam menyokong perlindungan hutan hujan dan hak Orang Asli.

Pendedahan Mengejutkan Buat Rakyat Dari Switzerland


Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil untuk menyita aset berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion) yang didakwa digelapkan daripada dana 1MDB dan disalurkan ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong.

Aset itu termasuk rumah agam di Beverly Hills, hotel, emper di New York, pesawat jet peribadi dan beberapa karya seni.

DoJ juga mahu merampas perolehan masa depan filem Wolf of Wall Street yang dilaporkan meraih AS$390 juta (RM1.5 bilion) dalam box office dan masih menerima royalti daripada televisyen serta sumber lain.

Pendedahan Mengejutkan Buat Rakyat Dari Switzerland. Media sebelum ini turut melaporkan Jho Low menderma jutaan dolar yang dikatakan dicuri daripada 1MDB kepada Yayasan Leonardo DiCaprio.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...