Wednesday, 7 September 2016

Pendedahan Ini Memalukan Air Asia?

Pendedahan Ini Memalukan Air Asia? Sebuah pesawat AirAsiaX yang sepatutnya mendarat di Kuala Lumpur Mac lalu tersalah arah dan tiba di Melbourne, semuanya kerana kapten kapal tersilap masuk destinasi sebelum berlepas, menurut akhbar The West Australian.

Ia memetik menetik Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menerbitkan hasil siasatannya melibatkan pesawat Airbus A330 milik AirAsia X, yang terbang dari Sydney ke Kuala Lumpur dengan pendaftaran 9M-XXM.

Pendedahan Ini Memalukan Air Asia? Menurut laporan itu, pusat kawalan lalu lintas udara mendapati pesawat ketika berlepas dari landasan 16R memasukkan laluan penerbangan pelepasan dari landasan 16L.

Susulan teguran pusat kawalan, anak kapal mengenalpasti masalah dengan sistem pengemudian pesawat.

Bagaimanapun, usaha menyelesaikan dan membetulkan masalah memburukkan lagi keadaan sistem pengemudian, panduan dan kawalan penerbangan pesawat.

Anak kapal mengambil keputusan tidak meneruskan penerbangan tetapi tidak dapat terbang pulang ke Sydney kerana cuaca buruk, manakala pesawat hanya boleh dikemudi secara manual.

Pendedahan Ini Memalukan Air Asia?


Pesawat itu kemudian dihalakan ke Melbourne menggunakan radar sebelum selamat mendarat di Melbourne.

ATSB mendapati kapten kapal semasa melaraskan sistem panduan dan pengurusan penerbangan pesawat secara tidak sengaja memasukkan kedudukan pesawat pada garisan bujur yang salah.

Ini menjejaskan sistem pengemudian pesawat, meskipun ada peluang untuk mengenalpasti dan membaiki kesilapan, ia hanya disedari ketika pesawat berada di udara dan menjejaki arah yang salah.

ATSB juga mendapati sistem pengurusan pesawat tidak mempunyai ciri tambahan yang boleh menghalang kesilapan ketika pemasukan data secara manual melalui pengawalan automatik atau pembetulan automatik.

Pendedahan Ini Memalukan Air Asia?


ATSB turut menggesa AirAsia X membangunkan pakej dan buletin latihan untuk anak kapal yang memasukkan penjajaran dan operasi data udara dan sistem rujukan inersia yang betul.

Kejadian itu merupakan yang ketiga membabitkan kumpulan AirAsia dalam tempoh 18 bulan di ruang udara Australia.

Pendedahan Ini Memalukan Air Asia? Pada 21 Julai tahun ini, sebuah pesawat AirAsia X A330 terbang dalam jarak 152m sebuah pesawat Jetstar di Gold Coast, dan pada 19 Februari sebuah pesawat Air Asia A320 terbang 300m lebih rendah ketika mahu mendarat Lapangan Terbang Perth pada waktu malam.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...