Tuesday, 27 September 2016

Patutlah Ketua Menteri Melaka Tidak Puas Hati Dengan SPR

Patutlah Ketua Menteri Melaka Tidak Puas Hati Dengan SPR. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.

Idris yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berharap agar Melaka mendapat pertambahan tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) termasuk beberapa pengubahsuaian di peringkat parlimen dalam daerah Melaka Tengah.

Patutlah Ketua Menteri Melaka Tidak Puas Hati Dengan SPR. "Namun nampaknya SPR membuat (persempadanan semula mengikut) kehendak dan keperluan mereka dan saya memohon supaya SPR melihat semula apa yang telah dirancang di Melaka.

"Saya telah mengaturkan gerakan parti politik untuk membantah jika cadangan SPR tidak memberi manfaat sama ada kepada parti mahupun Melaka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri anjuran Jabatan Belia dan Sukan Melaka semalam.

Idris yang juga Adun Sungai Udang berkata beliau telah mengarahkan semua ketua parti di peringkat bahagian supaya menyatakan bantahan secara terperinci kepada SPR.

Patutlah Ketua Menteri Melaka Tidak Puas Hati Dengan SPR


Sementara itu di Ipoh, Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno Bahagian Pasir Salak akan mengemukakan bantahan berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dicadangkan SPR.

Beliau berkata persempadanan semula kawasan akan merugikan Barisan Nasional (BN) dan Umno kerana seramai 5,000 pengundi di kawasan parlimen itu akan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Teluk Intan.

Tegas Tajuddin, kawasan Pasir Salak telah lama menjadi kubu kuat BN dan sekiranya perkara itu diteruskan, ia hanya memberi keuntungan kepada pihak pembangkang.

Patutlah Ketua Menteri Melaka Tidak Puas Hati Dengan SPR


"Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran, hanya kerana nak menang di tempat yang kita kalah, tempat yang kita menang pun boleh kalah.

Oleh itu saya menolak sekeras-kerasnya cadangan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa TAJ kali ke-6 di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa SPR serta pimpinan tertinggi BN mengkaji semula cadangan itu supaya tidak memberi kesan buruk kepada parti mahupun calon yang bertanding.




Iklan





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...