Sunday, 25 September 2016

Patutlah Gani Patail Tak Rayu Pemecatannya..Ini Puncanya?

Patutlah Gani Patail Tak Rayu Pemecatannya..Ini Puncanya? Lebih setahun selepas disingkirkan, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini berkata beliau tidak mencabar penamatan khidmatnya kerana terikat dengan Perintah Am.

“Peguam Negara dianggap sebagai seorang penjawat awam, bukan seperti hakim atau Ketua Audit Negara,” kata Gani menjawab soalan daripada peguam Syahredzan Johan. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Patutlah Ganai Patail Tak Rayu Pemecatannya..Ini Puncanya? Gani dijemput sebagai speaker di sesi wacana “Kebebasan Institusi Dalam Demokrasi” bersempena Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia.

Beliau menjelaskan pada tempoh awal selepas kemerdekaan, kerajaan mahu melantik ahli politik sebagai Peguam Negara dan Perlembagaan direka untuk membolehkan Perdana Menteri menyingkir mereka.

“Perlembagaan tidak diubah apabila penjawat awam dilantik Peguam Negara. Jadi terpulang pada Perdana Menteri untuk menyingkirkan Peguam Negara jika dirasakan perlu.”

Dua ahli politik, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf dan Tan Sri Hamzah Abu Samah, menggalas tanggungjawab Peguam Negara.

Patutlah Gani Patail Tak Rayu Pemecatannya..Ini Puncanya? 


Sejak Tan Sri Abu Talib Othman, hampir semua penasihat undang-undang kanan merangkap pendakwa raya adalah daripada perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

Gani berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun sejak 2003 dan perkhidmatannya ditamatkan secara mendadak pada 27 Julai tahun lalu.

Pada masa itu beliau terbabit dalam pasukan bertindak khas pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang lagi speaker, Datuk Kuthubul Zaman Bukhari, berkata Zaid wajar membawa hal penamatan khidmat ke mahkamah.

“Ini supaya hak kamu dilindungi,” katanya, menambah badan kehakiman berperanan sebagai semak dan imbang kepada badan eksekutif.


Patutlah Ganai Patail Tak Rayu Pemecatannya..Ini Puncanya? 


Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata penyingkiran Gani dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Katanya Perkara 145(5) berkata Peguam Negara memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...