Wednesday, 28 September 2016

Muhyiddin Sertai PAS?

Muhyiddin Sertai PAS? Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tampil di atas pentas PAS buat julung kalinya pada 1 Oktober ini.

Sempena program Himpunan Harapan Semua anjuran PAS Terangganu itu, Muhyiddin dijadual menyampaikan ceramah bersama Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Muhyiddin Sertai PAS? Penampilan Muhyiddin di program PAS itu menarik perhatian selepas tersebarnya poster menampilkan anggota Parlimen Pagoh itu bersama pimpinan PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu juga disahkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Saiful Bahri, Muhyiddin dijemput atas kapasiti bekas timbalan perdana menteri dan jemputan dibuat sebelum anggota Parlimen Pagoh itu menyertai Bersatu.

"Setakat ini betul lagilah, kita memang ada jemput sebelum beliau tubuhkan BERSATU lagi, sebagai bekas timbalan perdana menteri.

Muhyiddin Sertai PAS?


"Mesti orang nak dengar juga pandangan beliau kenapa keluar daripada Umno," katanya ketika dihubungi.

Fikir macam mana nak tarik

BERSATU ditubuhkan sebahagian besar bekas anggota Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Ia bermula dengan gerakan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad duduk sepentas dengan bekas musuh ketatnya seperti Lim Kit Siang serta Mohamad Sabu.

Selepas BERSATU dibentuk parti itu menunjukkan kesediaan bekerjasama dengan parti pembangkang lain menghadapi BN dalam pilihan raya.

Setakat ini pemimpin BERSATU termasuk Dr Mahathir pernah berceramah di pentas Pakatan Harapan (HARAPAN). Bagaimanapun program di Terengganu itu dilihat unik kerana PAS tidak merestui HARAPAN.

Muhyiddin Sertai PAS?


Saiful Bahri berkata, PAS yang kini mengamalkan politik matang dan sejahtera sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang dapat menerima prisip perjuangan parti itu.

"Sesiapa saja yang boleh menerima prinsip perjuangan PAS kita alu-alukan. Sekarang ini di Terengganu dari segi politik hanya PAS dan Umno saja.

"Jadi macam mana cara kita boleh tarik ahli Umno supaya meninggalkan Umno dan bersama dengan kita, kita tariklah," katanya.

Muhyiddin Sertai PAS? Sementara itu menurut poster itu program tersebut berlangsung pada 28 hingga 1 Oktober di Kemaman, manakala ceramah melibatkan Muhyiddin itu diadakan pada malam kemuncak.





Iklan






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...