Thursday, 8 September 2016

Lagi Kaki Songlap Ditangkap?

Lagi Kaki Songlap Ditangkap? Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah, Mac lalu.

Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal didakwa bersubahat dengan Pengarah Urusan bank tersebut, Datuk Mustafha Abd Razak melakukan pecah amanah berhubung kes penyelewengan penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Lagi Kaki Songlap Ditangkap?  Mustafha menghadapi pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14, 991,293.

Kedua-dua tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 9.45 pagi ditemani peguam dan ahli keluarga mereka.

Terdahulu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata kedua-dua mereka akan didakwa atas beberapa pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Lagi Kaki Songlap Ditangkap? 


Pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman lelaki berusia 65 tahun bergelar Tan Sri itu selama tujuh hari sehingga 5 September bagi membantu kes penyelewengan dana penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Lagi Kaki Songlap Ditangkap?  Lelaki bergelar Datuk berusia 48 tahun itu pula ditahan reman tiga hari bermula 26 Ogos oleh mahkamah sama bagi membantu siasatan kes sama.




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...