Saturday, 24 September 2016

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan. Mahkamah khas di India yang membicarakan kes melibatkan syarikat telekomunikasi Maxis Communication bakal membuat keputusan sama ada membenarkan Biro Penyiasatan Pusat (CBI) negara itu mengeluarkan waran tangkap terhadap 2 rakyat Malaysia, termasuk ahli perniagaan Malaysia, T Ananda Krishnan.

Ananda dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro All Asia Network, Augustus Ralph Marshall dikehendaki di India selepas dituduh melakukan penipuan dalam usahasama antara Maxis dengan syarikat tempatan, Aircel Limited.

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan. Bloomberg dari India melaporkan, CBI merancang mendapatkan “notis merah” daripada Interpol terhadap kedua-dua mereka sebaik sahaja mahkamah mengarahkan waran tangkap, menurut pendakwa raya kanan, Anand Grover.

Minggu lalu, mahkamah khas membuat keputusan ia mempunyai bidang kuasa membicarakan kes Aircel-Maxis, dan menolak permohonan tertuduh.

Selain Maxis Communications dan Asto All Asia Network, turut dituduh dalam skandal itu ialah Sun Direct TV dan South Asia Entertainment Holding.

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan


Turut terlibat dalam kes itu ialah bekas menteri komunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi Maran, yang mencabar bidang kuasa mahkamah khas itu daripada mendengar kes 2G.

Maran dituduh memberi tekanan kepada ahli perniagaan Chennai, C Sivasankaran menjual kepentingannya dalam Aircel kepada Maxis pada 2006. Ini bagi membolehkan Maxis melabur dalam Sun Direct, syarikat penyiaran milik Maran.

Mei lalu, pihak berkuasa India mengeluarkan 2 saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA), iaitu untuk menyiasat Ananda dan Augustus.

Kedua-dua saman itu dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan


Grover memberitahu mahkamah, Peguan Negara Malaysia mengemukakan pelbagai soalan berkenaan cara kes jenayah ditangani di India, sebelum membuat keputusan tidak ada elemen jenayah dalam kes itu.

“Bagaimana kami boleh pastikan mereka dibicarakan di India? Mahkamah mesti mengeluarkan waran,” katanya.




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...