Friday, 9 September 2016

Jikalau Khairy Bersikap Begini Dalam Skandal 1MDB

Jikalau Khairy Bersikap Begini Dalam Skandal 1MDB. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengutamakan pendedahan isi kandungan pendrive berbanding mencari individu yang membocorkan maklumat itu, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Sudah pastinya yang penting adalah isi kandungannya, dari segi keutamaan saya percaya peminat bola sepak tidak mahu dengar siapa yang membocorkan maklumat dan sebagainya,” katanya selepas ditemui pada majlis Forum Kyoto-Asean 2016 hari ini.

Jikalau Khairy Bersikap Begini Dalam Skandal 1MDB. Pada 1 September lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk bola sepak itu sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena itu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikannya kepada Khairy.

Sebelum ini, Khairy berkata, isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tidak mempunyai bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam FAM, sebaliknya ia sekadar dokumen teknikal mengenai bola sepak Malaysia.

Jikalau Khairy Bersikap Begini Dalam Skandal 1MDB


Isnin lalu, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengesahkan kandungan pemacu pena itu tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

Jikalau lah Khairy bersikap begini dalam skandal 1MDB kan bagus.. kamu akan dapat sokongan daripada rakyat.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...