Thursday, 29 September 2016

Jamal Yunos Dibelasah Pemuda Gerakan

Jamal Yunos Dibelasah Pemuda Gerakan. Meskipun turut mengkritik Bersih 2.0, Pemuda Gerakan tidak bersetuju dengan tuduhan Datuk Jamal Yunos yang kumpulan pendesak perubahan pilihan raya itu “diresapi” oleh pengganas IS.

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengakui Gerakan sangat keliru dengan tuduhan yang serius itu, meskipun parti itu tidak bersetuju dengan cara Bersih 2.0 mahu menjalankan demonstrasi mereka.

Jamal Yunos Dibelasah Pemuda Gerakan.  “Baju Merah atau sesiapa pun tidak boleh membuat tuduhan serius ‘pengganas’ terhadap Bersih 2.0 kecuali ada bukti kukuh untuk menyokongnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada sidang media semalam, Ketua Umno Bahagian Umno Sungai Besar itu yang menerajui gerakan Baju Merah juga mendakwa Bersih 2.0 akan mengepung Putrajaya dan lapangan terbang pada 19 November.

Jamal mendakwa menerima maklumat itu daripada “sumber boleh dipercayai”.

Jamal Yunos Dibelasah Pemuda Gerakan


Tan berkata tuduhan Jamal akan semakin menjejaskan industri pelancongan, dan demonstrasi jalanan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 19 November akan memberikan “kesan serius” terhadap industri itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Baju Merah menghentikan tuduhan “pengganas” yang tidak berasas terhadap Bersih 2.0.

“Jika Baju Merah ada bukti kukuh terhadap tuduhan mereka, maka ia patut diserahkan kepada polis untuk siasatan tanpa mempublisitikan tuduhan yang belum dibuktikan,” katanya.

Jamal Yunos Dibelasah Pemuda Gerakan.  Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan kelima pada 19 November untuk reformasi institusi dan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.




Iklan



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...