Sunday, 25 September 2016

Go Kart Terbabas, 2 Beranak Maut

Go Kart Terbabas, 2 Beranak Maut. Dua beranak maut akibat rempuhan kenderaan jenis Go Kart ketika perlumbaan berlangsung dalam Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE) di Indera Mahkota di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika perlumbaan berlangsung di litar terbuka berhampiran Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa).

Mangsa, Izwan Isa, 39, bekerja sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat di Gebeng maut di lokasi kejadian manakala anak perempuannya Nur Zulaikha berusia empat tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ketika mendapatkan rawatan.

Go Kart Terbabas, 2 Beranak Maut. Bagaimanapun anak lelakinya, Muhammad Izz Daniel, 7, yang turut terlibat dalam kemalangan dilaporkan stabil.

Isterinya, Siti Suhaiza Seman, 38, bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama cedera ringan.

Kejadian berlaku dipercayai akibat rempuhan sebuah kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh ke arah kawasan penonton.

Go Kart Terbabas, 2 Beranak Maut


Saksi kejadian Said Ishak, 56 , memberitahu ketika kejadian dia melihat beberapa buah kenderaan sedang berlumba dan kereta yang terakhir ingin memotong di hadapan namun gagal lalu hilang kawalan dan merempuh penghadang plastik.

"Kejadian berlaku sekelip mata dan kereta itu terbang hingga 10 meter lalu merempuh ke arah keluarga tersebut.

"Saya bersyukur kerana saya dan keluarga terselamat dan selepas rempuhan itu saya datang membantu dan segera memanggil pihak keselamatan untuk membantu mangsa," katanya.

Go Kart Terbabas, 2 Beranak Maut










Iklan
Image

Image




1 comment:

  1. Jangan pinjam ptptn lintah darat

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...