Thursday, 8 September 2016

Dunia Islam Terkejut Dengan Berita Ini

Dunia Islam Terkejut Dengan Berita Ini. Pemimpin agama tertinggi di Arab Saudi hari ini mengkafirkan pemimpin Iran, dengan respon tajam daripada Tehran dalam siri serang-menyerang di antara dua seteru rantau Teluk itu mengenai pengurusan ibadah haji.

Perang mulut yang tercetus di ambang musim haji itu akan menyerlahkan persengketaan lama di antara kerajaan Sunni dan kerajaan revolusionari majoriti Syiah itu.

Dunia Islam Terkejut Dengan Berita Ini.  Masing-masing juga menyokong pihak berlawanan dalam perang saudara di Syria, di samping mengambil pendirian bertentangan dalam pelbagai masalah Timur Tengah lain.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei, dalam perutusannya pada Isnin, mengkritik cara pengurusan ibadah haji Arab Saudi selepas tragedi tahun lalu yang menyebabkan ratusan jemaah terbunuh.

Beliau mendakwa pihak berkuasa Saudi membunuh sesetengah daripada mereka, dan menganggap pemerintah Saudi tidak bertuhan dan ingkar agama.

Dunia Islam Terkejut Dengan Berita Ini


Menjawab soalan akhbar Makkah, Mufti Besar Arab Saudi Sheikh Abdulaziz Al al-Sheikh berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Khamenei.

“Kita perlu faham mereka bukan umat Islam. Musuh utama mereka ialah pengikut Sunnah,” kata Abdulaziz seperti dipetik akhbar Arab News.

Malah beliau mendakwa pemimpin Iran adalah keturunan “majus”, merujuk agama Majusi yang pernah menjadi kepercayaan di Parsi sebelum kedatangan tamadun Islam di wilayah yang kini dikenali sebagai Iran 13 kurun lalu.

Rabu lalu, Khamenei bertemu keluarga jemaah Iran yang terbunuh dalam tragedi tahun lalu dan menggesa sebuah jawatankuasa menyiasat punca utama kejadian yang menyebabkan jemaah haji terinjak-injak dalam kesesakan.

“Salasilah jahat dinasti Saudi tidak mempunyai kebolehan mengurus tanah suci itu,” kata Khamenei.

Kenyataan Abdulaziz mendapat jawapan keras Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif, yang berkata ia membuktikan sikap pelampau pemimpin Saudi.

“Sudah tentu tidak ada persamaan antara Islam dianuti rakyat Iran dan kebanyakan umat Islam, dan sikap pelampau ulama Wahabi dan pengganas Saudi,” tulis Zarif dalam Twitter beliau.


Dunia Islam Terkejut Dengan Berita Ini


Pihak berkuasa Arab Saudi lazimnya cuba mengelak daripada membincangkan sama ada aliran Syiah adalah tergolong dalam Islam, tetapi mengiktiraf mereka sebagai Islam disebabkan kebenaran terhadap umat Islam Syiah mengerjakan haji, di samping menerima keahlian Iran dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Permusuhan di antara kedua-dua negara memuncak sejak Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran Januari lalu susulan serangan ke atas kedutaannya di Tehran, selepas tindakan Saudi menjalankan hukuman mati ke atas ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

Sementara itu, Moussa Abdi, yang menganggotai jawatankuasa luar negara Parlimen Algeria, yang sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah, menggesa persengketaan disebabkan ideologi dan politik diatasi.

“Kita bukan keseorangan di dunia ini, kita berdepan dengan konflik politik lain. Kita perlu bersatu… Perbezaan seumpama ini perlu diatasi kerana ia hanya memecah belahkan dunia Islam,” Moussa memberitahu Reuters.

Dunia Islam Terkejut Dengan Berita Ini. Riyadh mendakwa seramai 769 jemaah terbunuh dalam tragedi tahun lalu, iaitu jumlah paling ramai sejak tragedi kesesakan pada 1990.

Bagaimanapun, kiraan mereka yang terbunuh mendapati lebih 2,000 terkorban, 400 daripadanya dari Iran.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...