Wednesday, 7 September 2016

Dunia Dedah Rahsia Terbaru Najib?


Dunia Dedah Rahsia Terbaru Najib? Sumber berita berpengaruh dunia Wall Street Journal, WSJ hari ini mendedahkan satu lagi rahsia tentang ibu segala skandal 1MDB yang bersifat "boom".

Kali ini ia adalah transkrip perbualan rahsia budak cina gemuk bernama Jho Low dan pegawai Ambank melalui Blackberry Messenger, BBM tentang betapa perlunya mereka menjaga kerahsiaan akaun peribadi perdana menteri.

Jho Low menekankan sensitiviti akaun itu dan betapa perlunya akaun itu dirahsiakan daripada pengetahuan orang luar.

Dunia Dedah Rahsia Terbaru Najib?


Jho Low juga dilaporkan melarang pihak Ambank daripada menghantar penyata kad kredit akaun tersebut ke rumah Perdana Menteri. Sebaliknya individu tertentu dihantar untuk mengutipnya secara peribadi.

"Jangan benarkan orang luar daripada bank atau lebih daripada beberapa pihak dalaman tahu mengenai akaun ini. Gunakan email Gmail, jangan guna sistem email bank untuk komunikasi.

Apapun, jangan hantar penyata kad kredit ke rumah perdana menteri" itu antara arahan Jho Low kepada pegawai bank seperti yang didedahkan oleh WSJ.

"Tidak, tidak, tidak sangat sensitif..." Jho Low dilapor mempunyai seseorang untuk mengutip penyata akaun secara terus (by hand).

Jho Low turut dipetik dalam perbualan itu sebagai menegaskan supaya tidak ada sesiapa kecuali mereka mempunyai akses kepada penyata bank itu, bimbang ia tersebar ke internet.

Dunia Dedah Rahsia Terbaru Najib?


"Sangat sangat penting tiada siapa patut tahu di Ambank selain kamu atau Cheah atau dapat penyata itu..."

"Kalau tersebar di internet dari mana asal dana itu nanti pening kepala" dedah WSJ lagi.

Panjang pendedahan WSJ jika anda nak tau lebih lanjut sila klik sini — Wall Street Journal

Dunia Dedah Rahsia Terbaru Najib? Hari ini hari selasa, sudah berapa puluh kali selasa Najib kata nak saman WSJ, tapi sampai sekarang habuk pun tak ada.





Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...