Monday, 19 September 2016

Cadangan Mengejutkan Buat Penjawat Awam

Cadangan Mengejutkan Buat Penjawat Awam. Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada 6 jam sehari.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada 8 jam sekarang kepada 6 jam hanyalah mereka yang malas.

Cadangan Mengejutkan Buat Penjawat Awam.  “Tiada siapa yang bekerja 8 jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, Cuepacs membantah idea tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS semalam.

Idea waktu bekerja selama 6 jam sehari dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Azih juga berkata beliau khuatir jika waktu bekerja selama enam jam itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin mahal.

Cadangan Mengejutkan Buat Penjawat Awam


“Kami berharap kerajaan akan mengkaji dengan teliti perkara itu dan juga berharap waktu kerja tidak dikurangkan tetapi gaji dinaikkan,” katanya.

Sementara itu, Azih berkata, Cuepacs juga berharap Kementerian Kewangan akan memansuhkan kontrak jangka pendek kerana ia menindas pekerja kerana mereka tidak layak untuk menikmati faedah seperti caruman Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP).

Azih berkata Cuepacs menerima banyak aduan daripada pekerja dan berpendapat bahawa ia tidak adil untuk mereka.

“Kami berharap kontrak pekerja ditandatangani untuk minimum dua tahun dan ke atas bagi memastikan kebajikan mereka dan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengambil kira pandangan ini semasa pembentangan bajet akan datang,” katanya.

Cadangan Mengejutkan Buat Penjawat Awam. Najib dijadual membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober dan meminta orang awam termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik mengemukakan cadangan untuk bajet.



Iklan
Image




1 comment:

  1. kerja 6 jam tapi gaji sama tidak berkurang oklah.. tapi kalau mau potong gaji, sorry la..dah la gaji tak banyak..mau potong lagi..susah la..kalau gomen takdak duit, potong la gaji dan elaun menteri menteri tu...ahli ahli parlimen..bukan semua buat kerja utk rakyat pun.. joli katak je sesetengah tu...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...