Wednesday, 28 September 2016

Biar Betul.. Rakyat Selangor Tak Kenal AMANAH?

Biar Betul.. Rakyat Selangor Tak Kenal AMANAH? Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendedahkan, sebanyak 35 peratus responden di negeri ini daripada 1,761 pengundi  yang ditemui bagi kajian Isu dan Persepsi Pengundi Selangor mengakui kenal dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, data itu berbeza dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Biar Betul.. Rakyat Selangor Tak Kenal AMANAH? "Bila kita buat kaji selidik, kita tanya mereka pernah dengar Bersatu atau tidak? Hampir 35 peratus responden kita pernah dengar.

"Berbeza dengan Amanah. Data Amanah ini saya tidak mahu sebut. Tapi peratusannya lebih rendah daripada Bersatu. Angkanya ada tapi saya tidak sebut," katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan di sini, semalam.

Menurutnya, parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menerima bantuan promosi melalui media arus perdana.

Biar Betul.. Rakyat Selangor Tak Kenal AMANAH?


"Berita tentang Bersatu, TV3, RTM keluar sebab ada Tun Mahathir. Berbeza dengan Amanah.  Mahu tak mahu kita kena akui masyarakat kita dipengaruhi media.

"Ditambah pula mahu atau tidak, kita mesti terima hakikat Tun Mahathir merupakan orang yang dikenali dan pernah menyumbang kepada negara," katanya.

Katanya, generasi muda hari ini melihat Bapa Pemodenan itu sebagai ikon.

"Kalau tuan-tuan lihat buku sekolah, ada bahagian yang menjelaskan tentang sumbangan Tun M dalam pembangunan negara. Maknanya generasi hari ini diberitahu Tun M itu memberi sumbangan besar kepada negara.

Biar Betul.. Rakyat Selangor Tak Kenal AMANAH? "Generasi muda melihat Tun Mahathir ini sebagai ikon. Walaupun beliau di pihak pembangkang tapi auranya masih ada," katanya.





Iklan





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...