Saturday, 17 September 2016

Biadapnya Mamat Ini..

Biadapnya Mamat Ini. Dewan Pemuda PAS (DPPM) mendesak ahli Parlimen DAP Jelutong memohon maaf kepada ahli keluarga Datuk Dr Haron Din dan memadamkan kenyataan biadap di Twitternya. 

Ketua Penerangan DPPM, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Jeff Ooi adalah wakil rakyat paling kurang ajar di Malaysia kerana membuat kenyataan tidak sesuai susulan pemergian musyidul am PAS itu, sekaligus membayangkan kebenciannya terhadap pimpinan parti Islam berkenaan selama ini. 

Biadapnya Mamat Ini. Katanya, ini bukan kali pertama Ooi membuat kenyataan biadap, kerana beliau pernah menggelar kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap, pada 2013, yang turut ditegur presiden partinya ketika itu, Karpal Singh pada Konvensyen DAP Pulau Pinang, tahun sama.

“Penggunaan perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. 

“Sebelum ini, beliau pernah menggunakan ayat orang Melayu ‘showed their middle fingers at their rulers’ (menunjukkan jari tengah kepada peraturan mereka), apabila merujuk instituti istana di Perak pada 2009,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Biadapnya Mamat Ini


Haron meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat pada 10.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia) akibat komplikasi jantung.

Susulan itu, Ooi memuat naik status ‘Adios Harun Din. Let there be peace’ menerusi Twitternya semalam, sebelum mengubahnya kepada ‘Received a personal call awhile ago. So…Farewell. Let there be peace’. 

Ahmad Fadhli berkata, ia adalah wajah sebenar DAP ketika menghadapi isu membabitkan agamawan yang dilihat tidak sejajar ideologi perjuangan sekular mereka. 

Biadapnya Mamat Ini. “Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut,” katanya.







Iklan
Image



6 comments:

  1. apa yg biadapnya? dia kata selamat jalan. biarlah ada ketenangan/ keamanan.

    takkan nak suruh dia hadiah alfatehah? nanti korg kata lagi biadap

    ReplyDelete

  2. Wktu Nik Aziz meninggal dulu smua kaum sugul sedih dan pilu

    komen2 Bahasa Malaysia omputeh tamil dan cina NEVER n TAK ADA yg kutuk

    semua kaum bangsa n agama tiba2 jd sgt2 pilu tak terdaya

    mungkin sbb isu2 dedak balak curi n rompak yg TGNA langsung tak pernah-NEVER terlibat tak sprt apa yg dah jd kini

    mungkin itu sbb nya kot?

    ReplyDelete
  3. Adios makna farewell=selamat tinggal

    ReplyDelete
  4. JEFF OOI kata semua kerja photoshop

    Biasa lah

    Politik Malaysia macam ini

    Bila CINA INDIA di huru hara kan walau tiada faedah

    Bila MELAYU senyap saja

    Yang RUGI sah sah Melayu saja

    ReplyDelete
  5. tak kisah lah dia cakap apa2 pun..tapi ternyata dia manusia yang teruk dan hanya tahu menghina orang lain,adakah dia suara lantang@mulut longkang,orang lain pun lagi lantang bersuara,tapi takde lah bebal tak sudah macam dia dan pengikut2 dia,patut dia ngan puak2 dia kene hukum jer..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...