Thursday, 22 September 2016

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni..

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Selasa lalu menjadi individu terbaru yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat-naikkan komen jelek di media sosial.

Sebelas bulan selepas beliau pertama kali mengaku tidak bersalah, Rahim dikenakan denda sebanyak RM1,900 kerana membuat komen jelek ke atas Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah tahun lalu.

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni. Ini adalah hukuman paling ringan yang dijatuhkan daripada 12 kes sabitan yang dilaporkan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia sejak tahun 2009, dengan hukuman terdiri daripada denda RM10,000 kepada setinggi RM50,000 atau penjara setahun.

Empat bulan sebelum ini, Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19 tahun mengaku bersalah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun.

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni


Rayuan terhadap hukuman itu oleh ibu bapa Amirul menyebabkan remaja berkenaan berakhir dengan hukuman lebih lama iaitu tiga tahun di sebuah sekolah pemulihan akhlak.

Persoalan timbul mengapa Rahim dilepaskan dengan hukuman yang begitu ringan berbanding yang lain.




Iklan
Image





1 comment:

  1. Dia bergelar TS bro yang arif kena timbanglah bila nak jatuh hukum

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...