Thursday, 29 September 2016

Berita Paling Buruk Buat JDT.. Saksikanlah

Berita Paling Buruk Buat JDT.. Saksikanlah. JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berdepan laluan sukar apabila sekadar seri 1-1 dengan kelab dari India JSW Bengaluru FC dalam aksi pertama separuh akhir Piala AFC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Biarpun beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, Harimau Selatan ternyata gagal mempamerkan taring sebenar apabila tiada penyudah berjaya dihasilkan.

Berita Paling Buruk Buat JDT.. Saksikanlah. Bermula babak pertama, permainan dilihat lebih didominasi pelawat apabila gawang JDT hampir digegar seawal minit kelima menerusi tampanan pertahanan Bengaluru, John Johnson.

Sepanjang tempoh 15 minit pertama, Harimau Selatan juga dilihat tidak berdaya serta hilang punca selepas gagal menyaingi keampuhan jentera tengah kelab India tersebut.

Bangkit mengawal keadaan, pada minit ke-36 JDT yang menerusi pemain sayap, Azinee Taib cuba melancarkan serangan selepas memotong hantaran cuai pertahanan lawan namun rembatannya ke arah pintu gol sedikit tersasar.

Berita Paling Buruk Buat JDT.. Saksikanlah


Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Mario Gomez tidak menunggu lama untuk memperoleh gol pembukaan hasil tandukan kemas Pareyra Diaz menerusi sepakan sudut yang diambil kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-52.

Namun kegembiraan Harimau Selatan tidak bertahan lama apabila gerakan individu pemain tengah Bengaluru, Eugene Lyngdoh berjaya meledak masuk gol penyamaan dari luar kotak penalti pada minit ke-55.

Kemasukan S Chanturu dan Amri Yahya pada bagi menguatkan jentera serangan pada minit-minit akhir perlawanan juga gagal mengubah keputusan permainan yang menyaksikan JDT kekal 1-1 sama hingga wisel penamat.

Berita Paling Buruk Buat JDT.. Saksikanlah


Untuk rekod, perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sree Kantareeva pada 19 Oktober depan.



Iklan



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...