Friday, 23 September 2016

Berita Mengejutkan PKR

Berita Mengejutkan PKR. Naib Presiden PKR Darell Leiking meninggalkan parti itu untuk bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membentuk pertubuhan baru untuk Sabah.

"Peletakan jawatan saya tidak perlu menjadi perhatian. Tumpuan sebenar ialah kita kini membentuk sebuah parti bagi mengubah Sabah," katanya kepadaMalaysiakini hari ini.

Berita Mengejutkan PKR. Darell yang kini berkhidmat sebagai anggota parlimen Penampang dilihat hadir bersama Shafie di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pagi tadi.

Mereka hadir dalam usaha mengambil alih sebuah parti sedia ada dan mengemukakan cadangan perubahan nama, logo dan dasar parti untuk didaftarkan ROS.

Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil alih sebuah parti dan membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha mereka menghadapi BN dalam pilihan raya.

Berita Mengejutkan PKR


Dr Mahathir dan Muhyiddin berada dalam kem sama dengan Shafie dalam usaha mereka menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ketika mereka masih berada dalam Umno.

Muhyiddin dipecat daripada parti itu pada Jun lalu bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala Shafie digantung keahliannya. Beliau kemudian mengumumkan keluar dari parti itu pada Julai 2016.

Dr Mahathir lebih awal mengumumkan keluar dari parti yang pernah diketuainya.

Beliau yang menjadi peguam sejak 1994 memenangi kerusi Penampang pada pilihan raya umum ke-13 lalu mengalahkan dua calon lain, Tan Sri Bernard Dompok (BN) dan Melania Annol (STAR) dengan majoriti 10,216 undi.

Berita Mengejutkan PKR


Darell juga menjadi satu-satunya anggota parlimen PKR mewakili Sabah.

Ditanya mengenai parti baru itu Darell, 45, enggan memberikan sebarang maklumat mengenainya.

Beliau juga tidak menjelaskan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun menegaskan perjuangannya menentang BN akan diteruskan.

Berita Mengejutkan PKR. "Sesiapa yang melawan kerajaan (BN) boleh menjadi sekutu," katanya.




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...