Wednesday, 28 September 2016

Berita Gempar Buat Penduduk Pantai Barat Semenanjung

Berita Gempar Buat Penduduk Pantai Barat Semenanjung. Fenomena Air Pasang Besar berskala besar yang membawa ombak tinggi dan tiupan angin kencang dijangka melanda Pantai Barat Semenanjung pada 17 hingga 20 Oktober dan 14 hingga 17 November depan.

Sehubungan itu, kerajaan menerusi agensinya merangka pelbagai strategi dan gerak atur selain membuat persediaan menghadapi banjir Monsun Barat Laut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Berita Gempar Buat Penduduk Pantai Barat Semenanjung. Beliau berkata beberapa perkara berkaitan langkah persediaan untuk menghadapi banjir pantai yang diramalkan berlaku itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1/2016 di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat tiga jam itu, yang dipengerusikan Shahidan, antara lain memutuskan supaya langkah struktur dan bukan struktur diambil bagi mengurangkan impak terhadap kawasan yang terlibat seperti di Selangor, Perak dan Kedah.

“Langkah struktur yang perlu dilaksanakan segera ialah membaiki segera ban dan ban batu yang rosak serta meninggikan paras ban,” katanya kepada pemberita.

Fenomena Air Pasang Besar dengan ombak besar dan tiupan angin kencang yang melanda Pantai Barat Semenanjung pada 16 hingga 21 Sept lepas menyebabkan banjir pantai di beberapa kawasan di Selangor (Klang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor), Perak (Bagan Datoh) dan Kedah (Kuala Muda).

Berita Gempar Buat Penduduk Pantai Barat Semenanjung


Justeru itu, Shahidan berkata sebagai langkah jangka pendek, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menganjurkan program beg pasir yang akan dilaksanakan secara perkongsian bijak dengan melibatkan agensi-agensi kerajaan, swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan.

“Bagi mengurangkan impak limpahan air, tindakan yang boleh diambil ialah melalui penanaman pokok bakau dan pokok api-api di kawasan berisiko banjir. Bagaimanapun, ini adalah langkah jangka sederhana dan panjang,” jelasnya.

Bagi langkah bukan struktur pula, beliau memberitahu bahawa antara tindakan segera adalah membuat hebahan awal sebelum kejadian air pasang kepada orang ramai menerusi pelbagai saluran.

Dalam pada itu, Shahidan meminta penduduk di kawasan berisiko tinggi supaya bersedia untuk dipindahkan lebih awal sebelum berlakunya kejadian banjir di kawasan perumahan mereka sekiranya diarahkan pihak berkuasa.


Berita Gempar Buat Penduduk Pantai Barat Semenanjung


“Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu bertindak secara aktif dalam pembukaan pusat pemindahan dan menyediakan segala kemudahan bantuan yang diperlukan,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat itu, Shahidan berkata pihaknya turut membincangkan empat kertas makluman yang dibentangkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Jabatan Peparitan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan polis.

Berita Gempar Buat Penduduk Pantai Barat Semenanjung. “Jupem membentangkan kertas makluman mengenai fenomena air pasang, fenomena banjir pantai (JPS), ramalan Monsun Timur Laut (MetMalaysia) dan persediaan menghadapi bencana banjir oleh PDRM,” katanya.




Iklan





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...