Monday, 5 September 2016

Berita Gembira Buat Rakyat Selangor

Berita Gembira Buat Rakyat Selangor. Alhamdulillah...Di pagi Jumaat yang barakah ini, rakyat Selangor mendapat berita gembira baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman, 45 pada 31 Ogos lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pernikahan itu  oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Berita Gembira Buat Rakyat Selangor. "Majlis pernikahan selamat disempurnakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

"Majlis dihadiri Timbalan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir, Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful, Bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan," katanya dalam satu kenyataan.‎

Berita Gembira Buat Rakyat Selangor


Difahamkan, Norashikin merupakan penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Norashikin sebelum ini juga pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Berita Gembira Buat Rakyat Selangor


Pada tahun 1968, baginda berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Berita Gembira Buat Rakyat Selangor. Setelah berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988 (berpisah pada 1997) dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil perkahwinan tersebut.





Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...