Wednesday, 21 September 2016

Berita Dari Selangor Ini Bakal Menggemparkan?

Berita Dari Selangor Ini Bakal Menggemparkan?PAS Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan parti itu kini sedang berunding dengan Umno negeri untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Setiausahanya Khairuddin Othman berkata PAS Selangor komited untuk mempertahankan kerajaan negeri sedia ada dan menentang Umno secara ‘1 lawan 1’ pada PRU akan datang.

Berita Dari Selangor Ini Bakal Menggemparkan? “PAS Selangor tiada kaitan dengan Umno Selangor. Kami tidak pernah berjumpa, berbincang atau mengeluarkan cadangan seumpama itu,” katanya kepada FMT.

Muka depan akhbar Nanyang Siang Pau 18 September lalu mendakwa PAS dan Umno Selangor sudah berunding bagi mengelakkan pertembungan dalam PRU akan datang, dan sedang menunggu kata putus daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong pula dalam artikelnya semalam berkata, jika dakwaan itu benar, ia akan memberikan gambaran jelas kepada rakyat terhadap pihak politik penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan yang menentangnya.

Berita Dari Selangor Ini Bakal Menggemparkan?


Beliau berkata, semua pihak perlu membuat pilihan sama ada menyokong Najib dan politik perkauman Umno-PAS, atau pihak yang ingin membawa perubahan iaitu Pakatan Harapan, bekas pemimpin Umno anti Najib seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, pendirian PAS Selangor sama seperti yang terkandung dalam memorandum kepada PAS Pusat sebelum ini, iaitu mencapai persetujuan ‘1 lawan 1’ dengan pembangkang lain bagi menentang BN.

Memorandum tersebut ditandatangani 13 wakil rakyat PAS dan diserahkan kepada kepimpinan pusat Julai lalu.

Berhubung memorandum itu, beliau berkata PAS negeri masih menunggu maklum balas daripada kepimpinan pusat untuk berbincang mengenai perkara itu.

Berita Dari Selangor Ini Bakal Menggemparkan?


“Kami yakin pendirian kami sudah sampai kepada pimpinan. Malah saya difahamkan PAS negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Johor dan Pulau Pinang juga akui perlunya (persetujuan) 1 lawan 1,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad semalam ketika mengulas cadangan pembubaran DUN awal di negeri itu juga berkata, pertembungan 3 penjuru perlu dielakkan bagi menewaskan BN.




Iklan
Image




1 comment:

  1. www.bersatu.org
    Saya sudah anda bila lagi
    KERIS

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...