Tuesday, 27 September 2016

Apakah Punca Penyokong PAS Duduk Dalam Gelap?


Apakah Punca Penyokong PAS Duduk Dalam Gelap? Program ceramah sempena pelancaran Amanah Parlimen Larut malam tadi rupa-rupanya turut dihadiri ramai ahli dan penyokong Pas.

Demikian diakui Ketua Amanah Taiping, Mohd Saad Ismail berhubung sambutan hangat dalam program dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Batu Kurau.


"Saya pergi jumpa sahabat lama daripada Pas, bersalam juga peluk mereka. Baru tahu ramai yang duduk dalam gelap.

Apakah Punca Penyokong PAS Duduk Dalam Gelap?


"Maklumlah Parlimen Larut ini kawasan menantu Presiden Pas. Ustaz Akmal Kamaruddin anak kepada Ustaz Kamaruddin Awang Basir iaitu besan Haji Hadi Awang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata, kehadiran kira-kira 1,000 penduduk setempat agak memberangsangkan bagi kawasan seperti pekan Batu Kurau.

"Soal sokong atau tidak perkara kedua. Kesediaan mereka duduk dan mendengar sampai habis memberikan satu harapan baru kepada Amanah khususnya dan Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Apakah Punca Penyokong PAS Duduk Dalam Gelap?


Penduduk tempatan di Batu Kurau mengambil peluang mengisi borang keahlian Amanah

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerjasama Pakatan Harapan akan terus kukuh menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

"Tahniah kepada Amanah, PKR, DAP dan Bersatu yang nampak mantap kerjasama semalam," tambah Saad lagi.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Perak, Zuhairah Mohd Ghazali.


Apakah Punca Penyokong PAS Duduk Dalam Gelap?


Program berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil peluang mendaftarkan keahlian dalam Amanah.

Terdahulu, Saad memberitahu, slot sembang petang Mohamad Sabu diadakan bersama penduduk setempat di Kampung Bukit Torak di Dun Selama, Perak pada sebelah siangnya.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam sembang petang di Kampung Bukit Torak, Dun Selama




Iklan
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...