Thursday, 29 September 2016

Anak Zahid Hamidi Tampil Membela

Anak Zahid Hamidi Tampil Membela. Anak timbalan perdana menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil mempertahankan ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikritik orang ramai kerana kesalahan bertutur ketika berucap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.Nurulhidayah berkata, ayahnya tidak mempunyai ‘bahasa bergaya’ untuk menarik perhatian gaya ‘mat salleh Malaysia’.

Anak Zahid Hamidi Tampil Membela. “Tetapi bagi saya, dia adalah seorang lelaki bergaya yang berani bercakap dan mempertahankan apa yang dia percaya dan memberikan yang terbaik sebagai timbalan kepada perdana menterinya.

Itu yang penting,” katanya menerusi Instagram miliknya.Sebelum ini, Zahid dikritik kerana kesalahan bertutur ketika mewakili di sesi Perbahasan Umum ke-71 Perhimpunan PBB (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Malah, Zahid turut tersilap menyebut Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Malaysia.

Anak Zahid Hamidi Tampil Membela


Pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuji keberanian Zahid selain memberi kata-kata dorongan.

“Saya pun dulu gagap dan tidak fasih dalam bahasa Inggeris, tetapi alhamdulillah sekarang saya diberikan mandat untuk mengajar di lebih 25 negara.

“Hadirlah ke kelas bahasa Inggeris dan mulakanlah diri untuk terlibat dalam suasana yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” kata Syed Saddiq dalam status di Facebook semalam.

Anak Zahid Hamidi Tampil Membela


Selain Syed Saddiq, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin turut mempertahankan Zahid dan menyatakan tidak ada apa hendak dimalukan jika tidak fasih berbahasa Inggeris, namun lebih memalukan sekiranya tinggal di Malaysia tetapi tidak fasih bertutur bahasa kebangsaan.



Iklan



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...