Sunday, 25 September 2016

Anak Orang Asli Dipaksa Makan Kaca?

Anak Orang Asli Dipaksa Makan Kaca? Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kesahihan laporan sebuah portal berita mengenai pendidikan anak Orang Asli yang dikatakan terabai.

Artikel tersebut disiarkan semalam oleh Free Malaysia Today yang mengaitkan berhubung dakwaan penderaan yang dilakukan seorang guru ke atas seorang murid Orang Asli yang dipaksa memakan kaca walaupun dia dikatakan tidak sengaja memecahkan tingkap kaca sekolahnya.

Suhakam berkata dakwaan itu disuarakan semasa sebuah bengkel anjuran Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) di Pos Piah, Perak pada 28 Ogos yang turut dihadiri wakil Suhakam.


Anak Orang Asli Dipaksa Makan Kaca?


“Hasil siasatan itu akan dibawa kepada perhatian pihak berkaitan agar tindakan wajar dapat diambil ke atas sesiapa yang didapati bersalah,” kata Suhakam dalam satu kenyataan.



Iklan
Image

Image




1 comment:

  1. Inilah contoh guru/pendidik yyang dikeluarkan oleh institusi perguruan malaysia. Mungkin sejak 30 atau 40 tahun yang lalu. Untuk memperbaikinya akan mengambil masa tidak kurang 50 tahun iaitu setelah para pensyarah dan para guru yang ada ini bersara. Itu pun kalau kementarian mula membuat perubahan mulai besok. Malaysia boleh!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...