Tuesday, 13 September 2016

Akhirnya Rahsia Menteri Ini Letak Jawatan Terbongkar

Akhirnya Rahsia Menteri Ini Letak Jawatan Terbongkar. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan bahawa bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dihentam dalam mesyuarat kabinet.

“Tak ada, tak ada. Saya tak tahu la masa bila kita hentam dia, saya pun ada dalam kabinet.“Saya tak pernah ingat kita hentam Husni. 

Akhirnya Rahsia Menteri Ini Letak Jawatan Terbongkar. Kita dalam kabinet kita bincang apa yang kebaikan utntuk negara,” kata Tengku Adnan pada sidang media selepas majlis Hari Raya Aidiladha di Putrajaya hari ini.

Menurut Tengku Adnan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan mesyuarat kabinet tidak pernah melarang anggotanya daripada menyentuh mana-mana isu.

Beliau mengulas dakwaan Husni dalam satu wawancara yang disiarkan semalam bahawa beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.

Akhirnya Rahsia Menteri Ini Letak Jawatan Terbongkar


Husni bagaimanapun tidak menyatakan di mesyuarat mana kejadian itu berlaku.

Husni juga dipetik akhbar itu sebagai berkata dirinya sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menganggotai kabinet dan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam.

“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

Akhirnya Rahsia Menteri Ini Letak Jawatan Terbongkar


“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya yang dipetik dalam wawancara dengan akhbar itu.

Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni, yang melepaskan jawatan secara mendadak pada 27 Jun, meluahkan tidak setuju dengan cara 1MDB dikendalikan.





Iklan
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...