Friday, 16 September 2016

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib. Peserta Bersih 5 tidak boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia hanya boleh dilakukan 222 ahli Parlimen, kata bekas peguam negara. 

Tan Sri Abu Talib Othman berkata Najib hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya dalam sidang Parlimen atau menerusi representasi kepada Yang di-Pertuan Agong ketika Dewan Rakyat tidak bersidang. 

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib.  “Atau pun, perdana menteri sendiri berundur dan meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri. ini saja 3 cara yang dibenarkan undang-undang untuk menyingkirkan Najib,” katanya kepada FMT.

Abu Talib menjawat jawatan peguam negara dari 1980 hingga 1993. 

Semua perdana menteri menyerahkan tugas masing-masing menerusi peralihan kuasa yang aman, kecuali Tun Razak Hussein (1970-1976) yang meninggal dunia ketika masih dalam jawatan itu.

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib


Abu Talib berkata kuasa sebenar untuk menyingkirkan Najib terletak di tangan 222 ahli Parlimen – iaitu 132 daripada BN dan 90 pembangkang serta ahli bebas. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai himpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan mendesak perubahan institusi dan menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri. 

Ia juga sebahagian daripada kempen Deklarasi Rakyat yang digerakkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan 40 yang lain pada Mac, mendesak rakyat Malaysia menyertai mereka menyingkirkan Najib menerusi jalan aman. 

Abu Talib berkata mereka yang menyertai himpunan itu tidak melanggar undang-undang selagi tidak bertindak provokatif dan keganasan.

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib


“Penganjur dan peserta perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Persoalannya ialah sama ada pihak berkuasa akan membenarkan perhimpunan itu atau tidak,” katanya. 

Katanya, tidak banyak yang rakyat boleh lakukan pada masa ini kecuali menunggu pilihan raya umum akan datang, selewat-lewatnya 2018. 

“Sementara waktu, mereka boleh meluahkan pendapat kepada wakil rakyat, tetapi soalannya ialah sama ada ahli Parlimen hendak dengar atau tidak,” katanya. 

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib.  Najib didesak meletak jawatan atas tuduhan dikaitkan dengan wang berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaunnya dalam skandal 1MDB.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...