Thursday, 4 August 2016

Wakil Rakyat Ini Keluar Umno?

Wakil Rakyat Ini Keluar Umno? Adun Ajil, Ghazali Taib hari ini menafikan desas-desus kononnya beliau akan keluar Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-tugas Khas negeri itu sebaliknya berikrar akan setia menjunjung amanat parti itu dan mempertahankan presiden parti, Datuk Seri Najib Razak.

Wakil Rakyat Ini Keluar Umno?  “Tak ada, saya orang Umno… takkan saya nak keluar parti. Umno akan saya junjung, presiden akan saya pertahankan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Ditanya mengenai kenyataannya dalam laporan akhbar hari ini yang menegur pentadbiran negeri pimpinan Ahmad Razif Abdul Rahman, Ghazali berkata, ia bertujuan memastikan rakyat merasa keberkesanan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

“Sebagai wakil rakyat yang mendengar suara rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan hasrat rakyat supaya negeri Terengganu, kerajaan negeri Terengganu disegani dan dihormati.


Wakil Rakyat Ini Keluar Umno? 


“Teguran dan nasihat kerana ini kerajaan rakyat, jadi rakyat memerlukan yang sempurna bagi perkhidmatan yang terbaik. Kalau saya tak sampaikan bermakna saya tidak melakukan amanah rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada kenyataannya itu bermaksud beliau tidak percaya kepada kepimpinan sedia ada, ini jawapannya.

“Tidak! Sekarang ini setiap manusia ada kesilapan ada kelemahan bukan kita sempurna, ada masa kita melihat sesuatu itu secara positif, jika ada yang tak betul maka kita perbetulkan, yang tak elok kita elokkan, yang penting rakyat merasa nikmat perkhidmatan terbaik yang kita bagi,” katanya.

Diminta sama ada tindakannya itu seolah-olah memihak kepada bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said, beliau berkata, isu itu tidak timbul kerana teguran dilakukan untuk kebaikan Umno.

Wakil Rakyat Ini Keluar Umno? 


“Tidak timbul berpihak…kita Umno…kita Barisan Nasional. Yang penting kita nak Barisan Nasional kukuh dan Umno kukuh berpadu dan BN beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat Terengganu dan kita tak mahu ada rakyat yang rasa kesal mengundi kita kerana kita tak bagi perkhidmatan,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...