Tuesday, 9 August 2016

Usul Pelik Di Sidang DUN Terengganu

Usul Pelik Di Sidang DUN Terengganu. Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini menjadi gamat apabila Adun Air Putih Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar (BN) bangun mengemukakan usul yang dianggap pelik yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa yang hadir.

Buletin Online melaporkan usul yang dikemukakan adalah berkenaan isu symptom Hipetitis B dan batuk kokol yang mana tidak didapati langsung isu itu menjadi wabak atau jangkitan di Terengganu dalam masa terdekat ini.

Usul Pelik Di Sidang DUN Terengganu. Yang DiPertua Dewan, Dato’ Zuber Embong, pada mula nya seperti teragak-agak bagi menyebut tajuk usul itu dengan memberikan alasan usul itu panjang, tetapi apabila didesak oleh Adun Alur Limbat YB Ariffin Deraman (Pas), beliau pun menyebut sedikit tajuk usul berkenaan.

Akibatnya dewan menjadi riuh dengan ketawa para Adun-Adun, ketua-ketua jabatan dan pemerhati kerana usul yang dianggap kelakar itu.

Situasi bermula apabila Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik (PAS) bangun bagi mengemukakan usul tergempar daripada PAS tetapi disuruh duduk oleh Speaker Dewan untuk menghabiskan ucapannya.

Kemudiannya bangun pula Adun Air Putih mengemukakan usul beliau dan kemudiannya diterima oleh Speaker dengan alasan, beliau melihat Air Putih dahulu sekaligus menolak cubaan Adun Sura untuk mengemukakan usul.

Usul Pelik Di Sidang DUN Terengganu


Beliau kemudiannya memberitahu dewan bahawa usul itu panjang, namun didesak juga oleh pembangkang untuk menyebut usul itu.

“Usul ini agak panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas Speaker Dewan.

“Kami nak tahu jugak sikit, sebut tajuk sikit pun tak apa,” desak Adun Alur Limbat.

“Oh, boleh, boleh. Berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk kokol dan sebagainya.

Jadi saya nak baca dulu,” kata beliau yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut diantara kedua-dua Adun.

Akhirnya Speaker memutuskan untuk menangguhkan persidangan sehingga jam 11.20 pagi.

Sidang Dun Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran yang sangat ramai kerana mungkin mereka ingin mengetahui dengan sendiri perkembangan pemerintahan negeri yang diwar-warkan akan berlaku sesuatu yang mengejutkan hari ini.


Usul Pelik Di Sidang DUN Terengganu


Turut hadir ialah Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said yang menjadi pencetus kepada isu menukar kerajaan beberapa hari yang lalu.

Oleh itu, Umno kelihatan agak ketakutan dengan menjadikan usul tergempar yang tidak relevan sebagai perisai bagi mengelakkan usul tidak percaya yang mungkin datang dari mantan MB Dato’ Seri Ahmad Said.

Usul Pelik Di Sidang DUN Terengganu.  Usul tersebut akhirnya  ditolak Speaker atas alasan mempunyai kepentingan kepada orang ramai tetapi tidak perlu disegerakan.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...