Monday, 15 August 2016

Ustaz Fathul Bari Belasah Pegawai Polis Bukit Aman

Ustaz Fathul Bari Belasah Pegawai Polis Bukit Aman. Exco Pemuda Umno Datuk Fathul Bari Mat Jahya mempertikaikan kenyataan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengaitkan keganasan IS dengan ajaran ekstrem sarjana Islam abad ke-14, Ibn Taimiyyah.

“Ini soal tuduhan ke atas seorang tokoh agamawan yang mana ilmunya oleh dunia sampai ke hari ini.

Ustaz Fathul Bari Belasah Pegawai Polis Bukit Aman. Jadi saya rasa sangat tidak relevan tindakan yang beliau buat nampak terlalu personal (peribadi),” kata Fathul kepada FMT.

Beliau yang merupakan rujukan Pemuda Umno dalam hal ehwal Islam mendakwa Ayob tidak melakukan kajian mendalam mengenai hal itu, sebaliknya menggesa beliau menyasarkan penulisan tokoh Islam beraliran Syiah yang menurutnya mengkafirkan aliran Sunnah.

Ibn Taimiyyah, yang kerap menjadi rujukan pengikut Wahabi dan mereka yang mengaku “Salafi”, dalam penulisannya banyak menentang ajaran Syiah.

Kumpulan IS merupakan antara kumpulan pelampau yang mula bercambah di kala pemberontakan Syria mula menjurus ke arah konflik mazhab. Antara sasaran utama mereka ialah penganut Islam bermazhab Syiah di samping mereka yang beraliran Sunnah yang menurut mereka terkeluar daripada Islam.


Ustaz Fathul Bari Belasah Pegawai Polis Bukit Aman


Ayob, pegawai polis yang mendepani usaha membanteras kegiatan militan di bawah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, baru-baru ini mendedahkan polis kerap menjumpai penulisan Ibn Taimiyyah dalam simpanan anggota militan termasuk IS.

Katanya, beberapa ajaran Ibn Taimiyyah yang memurtadkan sesetengah aliran Islam termasuk Sunnah dijadikan rujukan IS dalam menjustifikasi perbuatan zalim mereka.

Bagaimanapun, beberapa pihak tidak setuju tokoh ilmuan Islam itu dikaitkan dengan ideologi IS.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata pihak berkuasa perlu berhati-hati, manakala Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata Ibn Taimiyyah menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia.

Ayob semalam bagaimanapun mempelawa mereka yang tidak setuju dengan kenyataannya berjumpa beliau untuk mendapatkan penjelasan.

Ustaz Fathul Bari Belasah Pegawai Polis Bukit Aman


Katanya, usaha polis membanteras keganasan akan bertambah sukar sekiranya kerajaan tidak menangani ajaran yang menggalakkan kumpulan IS.

“Hanya Malaysia belum ambil tindakan, kerana ada individu tertentu yang menyokong. Jika isu ini tidak dimuktamadkan, isu keganasan tidak akan tamat, polis boleh tangkap dan caj tapi benda ini tidak akan berkesudahan,” katanya pada sebuah forum mengenai ancaman IS semalam.

Fathul berkata beliau bersedia berjumpa dengan Ayob.

Ustaz Fathul Bari Belasah Pegawai Polis Bukit Aman. “Saya minta Datuk Ayob letakkan tarikh bila-bila berkelapangan, letak tarikh sahaja, saya bersama-rama kalangan ilmuan islam, dari kalangan profesor universiti, pensyarah universiti dan agamawan di luar kampus bersedia untuk menziarahi beliau,” kata Fathul, yang mahu membawa bersama buku Ibn Taimiyyah dalam berdiskusi mengenai ajarannya yang dianggap ekstrem.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...