Monday, 8 August 2016

Terengganu Dah jadi Huru Hara.. Ini Petandanya?

Terengganu Dah Jadi Huru Hara.. Ini Petandanya? Polis Terengganu mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke 14 yang akan berlangsung esok (hari ini).

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak tidak kira pangkat atau kedudukan yang didapati dengan sengaja menimbulkan kekecohan atau huru hara semasa persidangan itu.

Terengganu Dah Jadi Huru Hara.. Ini Petandanya? “Jangan cemari persidangan DUN dengan insiden yang boleh menimbulkan rasa kurang selesa dan huru hara kepada mana-mana pihak.

“Sekali lagi saya mengingatkan orang ramai agar tidak membuat kecoh pada persidangan itu berlangsung…biar ia berlansung dengan aman tanpa apa-apa (insiden),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Polis Terengganu mengesan satu gerakan bergelar ‘Gelombang Kuning’ yang dipercayai cuba mengaitkan pihak Istana Terengganu dalam memprotes kepimpinan kerajaan negeri.

Terengganu Dah Jadi Huru Hara.. Ini Petandanya?


Polis tidak menolak kemungkinan gerakan yang sama akan cuba membuat provokasi pada sidang DUN esok yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Jadi saya menyeru kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan gerakan gelombang kuning ini kerana ia menyalahi di bawah Akta Hasutan.

Terengganu Dah Jadi Huru Hara.. Ini Petandanya? “Dan jangan mempercayai terdapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu dan jangan cuba mengaibkan Istana di dalam gerakan ini,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...