Saturday, 20 August 2016

Tembelang Skuad Renang Olimpik AS Terbongkar

Tembelang Skuad Renang Olimpik AS Terbongkar. Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat memohon maaf kepada Brazil pada Khamis setelah dua perenang negara itu mengaku memalsukan laporan bahawa mereka dirompak di Rio.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Olimpik AS Scott Blackmun dalam satu kenyataan berkata peristiwa itu tidak seharusnya berlaku dan memohon maaf kepada tuan rumah Brazil.

Tembelang Skuad Renang Olimpik AS Terbongkar. "Kami memohon maaf kepada tuan rumah di Rio dan rakyat Brazil atas insiden ini ketika kita sepatutnya meraikan sambutan kecemerlangan."

Empat perenang Amerika Syarikat, termasuk pemenang enam pingat emas Ryan Lochte, menjadi perhatian media di Brazil setelah mendakwa mereka dirompak dengan pistol di sebuah stesen minyak Rio pada awal pagi Ahad.

Blackmun mengeluarkan kenyataan itu selepas polis Brazil membenarkan Gunnar Bentz dan Jack Conger meninggalkan negara ini.

"Pasport mereka dikembalikan dan mereka telah meninggalkan Rio," katanya.

Perenang ketiga, James Feigen juga telah memberikan "laporan yang diubah suai" kepada polis tentang kisah palsu dirompak itu "dengan harapan mendapatkan semula pasportnya secepat mungkin," kata Blackmun.

Tembelang Skuad Renang Olimpik AS Terbongkar


Lochte, sudah kembali di Amerika Syarikat apabila skandal ini meletus.

Lochte berkata pada Ahad bahawa mereka berempat menjadi mangsa rompakan yang dilakukan oleh penyerang bersenjata dengan seorang pelaku menyamar sebagai anggota polis Rio.

Pada Rabu, seorang hakim di Brazil mengeluarkan perintah menghalang keempat-empat atlet renang AS itu daripada keluar dari Brazil ketika laporan mereka disamun itu disiasat.

Polis Brazil pada Khamis pula mendakwa keempat-empat atlet AS itu mabuk dan terlibat dalam pertelingkahan dengan kakitangan keselamatan selepas merosakkan bilik mandi di sebuah stesen minyak ketika mereka keluar ke bandar pada satu malam.

Blackmun memaklumkan bahawa atlet renang AS itu, setelah disoal siasat polis pada Khamis, mengesahkan versi polis.

"Mereka berhenti di sebuah stesen minyak untuk menggunakan tandas, di mana salah seorang daripada atlet itu melakukan vandalisme," kata kenyataan AS.

"Pertengkaran berlaku di antara atlet AS dan kakitangan keselamatan bersenjata di stesen minyak itu, atlet AS diarah turun dari kenderaan dan dituntut membayar ganti rugi. Atlet AS dibenarkan beredar setelah pegawai keselamatan menerima wang daripada mereka."


Tembelang Skuad Renang Olimpik AS Terbongkar


Sementara itu, Ketua Polis Rio de Janeiro, Fernando Veloso menggesa kumpulan atlet renang AS itu meminta maaf.

Beliau berkata rakaman CCTV di stesen minyak itu menunjukkan seorang pegawai keselamatan mengeluarkan senjata untuk menghalang Lochte serta rakan sepasukan yang mabuk daripada beredar selepas merosakkan bilik mandi di situ.
"Tidak ada sebarang bentuk rompakan sepertimana yang dilaporkan oleh atlet itu," Veloso pada satu sidang akhbar.

Tembelang Skuad Renang Olimpik AS Terbongkar. "Rakaman tidak menunjukkan apa-apa bentuk keganasan terhadap mereka."

Beliau berkata polis percaya atlet renang AS itu menyerahkan sejumlah wang tunai bersamaan AS$50 (kira-kira RM200) sebagai ganti rugi kerosakan sebelum beredar.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...