Monday, 1 August 2016

SPRM Mati

SPRM Mati. Adalah merupakan dua hari yang sukar bagi saya; pertama melihat bekas orang nombor satu dan nombor dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull - meninggalkan organisasi yang mereka membantu menubuhkan.

Saya masih ingat hari-hari saya bersama mereka, membincangkan cara-cara untuk menjadikan SPRM sebuah organisasi yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia.

SPRM MatiDengan sokongan dan galakan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami membincangkan berhubung undang-undang dan model yang harus kami teladani.

Abu Kassim cenderung dengan model Hong Kong dan beliau memberitahu mengenai sokongan padu dan kerjasama yang sedia dihulurkan oleh pihak berkuasa Hong Kong.

Abu Kassim juga kagum bahawa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong mempunyai banyak jawatankuasa ‘pemantau’ tetapi saya masih ingat memberitahu kedua-dua mereka ketika mesyuarat di rumah saya bahawa jawatankuasa tidak akan memberi banyak halangan jika kita membenarkan campur tangan politik.

Pada masa itu kami tidak menjangka Pak Lah akan "bersara" begitu awal dan dengan itu kami berasa "selamat" daripada sebarang gangguan politik.

SPRM Mati


Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua mereka dan berharap mereka tidak akan berundur begitu sahaja.

Sesetengah orang berkata mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negara ini tetapi mereka sekadar bercakap mengenainya di kedai-kedai kopi.

Mungkin, Abu Kassim dan Shukri boleh melakukan sesuatu yang lebih, seperti bercucap kepada rakyat Malaysia secara teratur tentang pentingnya integriti demi masa depan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.

Mereka tidak perlu menyertai parti politik tetapi mereka tidak boleh berdiam diri. Mereka mempunyai profil dan mereka telah dipilih oleh Pak Lah untuk membantu negara membasmi rasuah. Mereka mesti meneruskan misi itu.

Dalam nada ini saya agak kecewa dengan Pak Lah kerana berdiam diri. Beliau menubuhkan SPRM dengan semangat berkobar-kobar, tetapi kini hanya menyaksikan kemusnahan dan penghinaan yang dilemparkan ke atas suruhanjaya itu, termasuk penganiayaan terhadap mpegawai kanan yang dipilihnya sendiri, tanpa sebarang kata.

SPRM Mati


Untuk mengharapkan Raja-Raja Melayu "campur tangan" dalam perkara ini, kita mungkin terlalu banyak tetapi yang pasti bekas perdana menteri tidak bersikap sedemikian. Jika kita mengambil berat tentang negara ini, maka kita harus tampil.

Saya juga tertekan selepas hari yang panjang di mahkamah mendengar penghujahan Jumaat lalu oleh Jabatan Peguam Negara bahawa kuasa Peguam Negara (AG) untuk mendakwa ataupun tidak adalah sesuatu ‘pertikaian yang tak boleh diadili’ atau ‘justiciable’.

SPRM Mati. Dalam bahasa mudah, Peguam Negara boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu, dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memohon bantuan untuk mengetahui mengapa Peguam Negara membuat keputusan tertentu.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...