Tuesday, 16 August 2016

SPRM Dah Tangkap Ikan Bilis.. Bila Nak Tangkap Jerung?

SPRM Dah Tangkap Ikan Bilis.. Bila Nak Tangkap Jerung? Mahkamah di Putrajaya dan Melaka hari ini mereman seorang bergelar “Datuk Seri” dan seorang lagi “Datuk”, kedua-dua mereka pegawai tinggi kerajaan, bagi membantu siasatan rasuah.

Bernama melaporkan “Datuk Seri” berkenaan merupakan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), direman 7 hari di Putrajaya bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM Dah Tangkap Ikan Bilis.. Bila Nak Tangkap Jerung?  Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan permohonan SPRM menahan lelaki berusia 54 tahun itu selama 7 hari sehingga 22 Ogos.

Peguamnya, Azizzul Shariman Mat Yusoff berkata anak guamnya ditahan di pejabatnya di bangunan DBKL pada 3.07 petang semalam, dan disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 23, Akta SPRM 2009 bagi kesalahan rasuah dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM Dah Tangkap Ikan Bilis.. Bila Nak Tangkap Jerung? 


“Rumahnya digeledah, sebuah kereta BMW dirampas, semua dokumen juga dirampas di pejabat dan di rumahnya,” katanya.

Di Melaka, seorang “Datuk” berusia 56 tahun direman 7 hari oleh Mahkamah Majistret bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah.

Mereka merupakan antara tiga penjawat awam ditahan SPRM semalam atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata mereka ditahan dalam operasi serentak pada 12.00 tengah hari dan 2.00 petang semalam.

SPRM Dah Tangkap Ikan Bilis.. Bila Nak Tangkap Jerung? 


Akaun bank milik mereka melebihi RM13 juta turut dibekukan, di samping menyita kondominium mewah seperti penthouse dan banglo, dan kenderaan Maserati, BMW dan Audi.

SPRM turut merampas RM400,000 tunai termasuk mata wang asing dan beberapa jam tangan mewah.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...