Friday, 26 August 2016

Sarawak Report Bongkar Lagi..

Sarawak Report Bongkar Lagi. Sarawak Report mendedahkan 'jejak dana' didakwa portal itu dapat menyanggah penafian rangkaian kelab malam milik Hakkasan Ltd bahawa mereka ada menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Portal berkenaan hari ini mendedahkan penyata bank Vasco Investment Services SA yang memiliki akaun di Bank Edmond De Rothschild di Luxembourg.

Sarawak Report Bongkar Lagi. Dokumen itu menunjukkan Vasco Investment Services SA - pada 2 Oktober 2012- memindahkan AS$10 juta (RM40 juta) kepada syarikat Tasameem Real Estate LLC dimiliki Hakkasan.

Vasco Investment Services SA adalah syarikat milik hartawan Emiriah Arab Bersatu Khadem al-Qubaisi dan dia dinamakan dalam dokumen mahkamah difail Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebagai penerima dana diselewengkan daripada 1MDB pada fasa Aabar BVI (Genting/Tanjong).

Di bawah fasa itu sejumlah AS$1.367 bilion daripada AS$3.5 bilion bon 1MDB dilencongkan ke Aabar Investments PJS Ltd (BVI).

Sarawak Report Bongkar Lagi


Selepas itu, AS$1.1 bilion dipindahkan ke Blackstone Asia Real Estate Partners yang kemudian memindahkan AS$472.75 juta kepada kepada Vasco Investments Services SA.

Minggu lalu, Naib Presiden Hal Ehwal Undang-undang Hakkasan Brandon Roos - dalam surat kepada The Wall Street Journal (WSJ) - berkata syarikat itu telah menjalankan kajian semula dalaman dan yakin tiada pembiayaannya dapat dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam surat berasingan untuk WSJ, seorang peguam untuk Hakkasan berkata ketiadaan nama firma berkenaan dalam saman sivil DOJ itu adalah bukti jelas pihak berkuasa AS tidak mendapati ia menerima atau penyalur bagi penggubahan wang haram diperoleh Qubaisi dan sekutunya.

Sarawak Report Bongkar Lagi. Hakkasan meiliki rangkaian restoran di seluruh dunia, selain banyak kelab malam utama di Las Vegas, AS.

Minggu lalu pihak berkuasa Abu Dhabi menahan Khadem.



Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...