Tuesday, 30 August 2016

Sah!! Husam Musa Sertai AMANAH

Sah!! Husam Musa Sertai AMANAH. Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) malam ini.

Beberapa pemimpin AMANAH ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, yang akan diumumkan dalam acara di Cyberjaya malam ini.

“AMANAH,” kata seorang pemimpin AMANAH ketika ditanya sama ada Husam memilih AMANAH atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sah!! Husam Musa Sertai AMANAH. Mereka bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi yakin anak didik bekas mursyidul am PAS allhayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mampu memperkasakan parti baru itu.

Langkah ini sudah dijangkakan pelbagai pihak, walaupun perkara itu sudah beberapa kali dinafikan sebelum ini.

Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu dijangka diberikan peranan besar membantu gerak kerja AMANAH di peringkat nasional dan negeri.

Sah!! Husam Musa Sertai AMANAH


Acara malam ini bukan yang pertama kali buat Husam di pentas AMANAH, parti serpihan PAS.

Beliau sebelum ini pernah berucap dalam acara makan malam AMANAH di Petaling Jaya Januari tahun lalu.

Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am.

Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam malam tadi berkata akan mengumumkan menyarung 'jersi' kerana “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan”.

Sah!! Husam Musa Sertai AMANAH


Husam antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk AMANAH.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...