Monday, 22 August 2016

Rupanya Mamat Ni Jadi Kambing Hitam 1MDB

Rupanya Mamat Ni Jadi Kambing Hitam 1MDB. Satu-satunya permintaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan bukan sebahagian daripada 5 syor, ialah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Halmi turut disiasat, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Tony berkata ramai percaya yang ‘ring-fence’ yang dikenakan oleh Kabinet, dan dengan rela diterima ketua polis negara, tidak lebih hanya sebagai strategi untuk menjadikan Shahrol kambing hitam.

Rupanya Mamat Ni Jadi Kambing Hitam 1MDB.  “Nampaknya dia akan dipersalahkan kerana penipuan multi bilion dolar 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat mendedahkan polis sudah melengkapkan fasa pertama siasatan mengenai 1MDB.

Khalid berkata ia terhad, seperti diarahkan Kabinet, kepada 5 syor PAC.

Lima syor PAC itu seperti dinyatakan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, tidak ada kena mengena dengan siasatan polis dan Tony turut bersetuju dengan kenyataan itu.

Rupanya Mamat Ni Jadi Kambing Hitam 1MDB


“Mereka kaitkan dengan penyusunan semula syarikat yang sarat hutang,” katanya.

Tony berkata sebagai contoh, PAC mengesyorkan Lembaga Penasihat 1MDB dibubarkan, Kementerian Kewangan mengambil semula pemilikan terhadap aset hartanah dan 1MDB “perlu mengelak hutang berlebihan”.

Sehubungan itu, katanya jelas menunjukkan Shahrol akan dijadikan kambing hitam bagi mengurangkan tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perdana menteri gagal mengambil tindakan kukuh bagi kerugian yang ditanggung 1MDB,” katanya.

Guardian UK menamakan 1MDB sebagai “skandal kewangan terbesar dunia”, kata Tony.

Tony berkata kuasa terbabit mengharapkan dengan pemenjaraan Shahrol, yang hanya gadaian, mereka akan dapat mencuci tangan masing-masing daripada skandal itu.

“Mereka mahu menutup bab paling buruk dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, katanya dengan berbuat begitu polis akan sekali lagi membodohkan diri.

“Ini tidak banyak beza dengan skandal pembunuhan Altantuya pada 2006,” katanya.

Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar, anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia itu, tetapi tiada motif pernah dikemukakan polis dan pendakwa.

Rupanya Mamat Ni Jadi Kambing Hitam 1MDB


“Mahkamah tidak menemui motifnya dan mereka dihukum mati.”

Tony berkata dalam kes 1MDB, jika hanya Shahrol didakwa dan didapati bersalah, soalan sama patut ditanya, apa motif untuk Shahrol melakukan penyelewengan berbilion dolar itu.

Shahrol, dirujuk sebagai “1MDB Officer 2” dalam tuntutan saman Jabatan Kehakiman (DoJ) AS untuk menyita aset yang digelapkan daripada 1MDB bernilai AS$1 bilion, tidak pernah didedahkan sebagai individu yang memperoleh manfaat daripada dana yang dicuri itu.

Mereka yang menerima manfaat daripada perbuatan itu ialah Low Taek Jho, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaisi dan Mohammad Badawy Al-Husseiny.

Sebagai tambahan, Tony berkata “Malaysian Official 1” menerima AS$731 juta daripada keuntungan wang yang digelapkan itu.

Dalam mana-mana kes, ahli Parlimen itu bersetuju yang Shahrol bersalah kerana turut serta dan membantu penipuan besar-besaran itu dan patut didakwa kerana bersubahat.

Rupanya Mamat Ni Jadi Kambing Hitam 1MDB.  “Ia mengenai menipu rakyat. Tetapi, dia bukan orang paling penting dalam skandal 1MDB,” katanya.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...