Sunday, 21 August 2016

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB?

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB? Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menyoal adakah polis akan siasat hubungan antara Malaysian Official 1 (MO1) dan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Soalannya: “Siapa penerima utama dalam skandal 1MDB – MO1 atau Jho Low?”

Dalam satu kenyataan hari ini, Kit Siang turut menyoal adakah polis akan menggunakan bukti dan dokumen yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam permohonan ke mahkamah baru-baru ini untuk menyita aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan dana yang dilesapkan daripada 1Malaysia Development Berhad.

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB? Jho Low, atau nama penuhnya Low Taek Jho, didakwa DoJ terbabit dalam aktiviti penggelapan dan penggubahan wang sebanyak AS$3 bilion.

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang turut menyoal kewujudan “lima syor” Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk siasatan polis keatas 1Malaysia Development Berhad.

Menurutnya, pemeriksaan keatas laporan PAC mengesahkan hanya jawatankuasa hanya memberikan satu syor khusus untuk siasatan polis.


Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB?


Syor itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipertanggungjawabkan untuk kekangan dan kelemahan 1MDBd dan beliau serta individu lain dalam pengurusan perlu disiasat.

Dalam kenyataannya hari ini, Kit Siang menyentuh kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyatakan polis sudah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1MDB, berlandaskan lima syor PAC seperti yang diarahkan Jemaah Menteri.

Kit Siang berkata laporan PAC mempunyai lima syor – tetapi syor itu “tidak ada kaitan dengan siasatan polis” tetapi berkait dengan pengurusan 1MDB.


Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB?


“Adakah Jemaah Menteri dan KPN salah faham Laporan PAC berkenaan 1MDB itu sehingga menyebabkan Jemaah Menteri menghadkan siasatan polis kepada lima syor yang tidak wujud itu?,” kata Kit Siang.

Kit Siang turut kemuka lapan lagi soalan berkaitan siasatan polis seperti mengapa polis tidak menggunakan bukti dan dokumen yang dimuatkan dalam Laporan PAC, Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB dan permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) di mahkamah untuk menyita aset AS$1 bilion yang didakwa diperoleh dengan dana yang dilesapkan daripada 1MDB.

Rupanya Ini Penerima Utama Dalam Skandal 1MDB? Beliau juga mahu melihat hasil daripada siasatan polis keatas Shahrol Azral, dan menyoal adakah polis menggunakan Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB sebagai asas siasatan mereka.



Iklan
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...