Friday, 5 August 2016

Rosmah Mansor Mungkin Tersentuh Dengan Kisah Ini

Rosmah Mansor Mungkin Tersentuh Dengan Kisah Ini. Dompet berharga RM45 dengan ukiran dinosaur yang menjadi terkenal serta-merta selepas ia dibawa isteri perdana menteri Singapura ketika lawatan rasmi ke Amerika Syarikat minggu ini habis dijual.

The Straits Times melaporkan kesemua 200 dompet itu habis dijual pada 3 Ogos, sehari selepas Ho Ching, yang menemani suaminya Lee Hsien Loong ketika dialu-alukan ke White House oleh Presiden Barack Obama dan isteri Michelle Obama, dilihat mengepit dompet itu.

Rosmah Mansor Mungkin Tersentuh Dengan Kisah Ini. See Toh Sheng Jie, anak seorang pemandu teksi dan pelajar berusia 19 tahun di sebalik reka bentuk dompet itu, teruja dengan populariti hasil rekaannya.

“Reaksi pertama ialah, kami terkejut. Ia sungguh menakjubkan,” kata bapanya See Toh.

Ibu Sheng Jie, Wendy Chua, 52, mencelah, “Dan sekarang kami sangat bangga!”

Puan Lee, yang merupakan penaung Persatuan Autisme Singapura, membeli dompet bernama “Denim Pouch-Dino Blue Black” itu ketika menghadiri pertunjukan konsert amal Sabtu lalu bagi mengutip derma membantu perkhidmatan sokongan golongan autistik.

Rosmah Mansor Mungkin Tersentuh Dengan Kisah Ini


Selepas latar belakang dompet itu dilaporkan, ia terus menjadi popular, malah berita mengenainya dikongsi ramai di media sosial dengan ramai yang memujinya kerana memilih fesyen yang sederhana.

Dompet itu dijual The Art Faculty, sebuah kedai online yang menjual hasil seni pelajar kurang upaya dan autistik di Sekolah Pathlight.

Pelajar menerima royalti hasil jualan reka seni mereka di samping mempertingkatkan kemahiran.

Ibu bapa Sheng Jie menjelaskan kepada anak mereka berita hasil ciptaannya mendapat liputan meluas.

Sheng Jie gembira, walaupun mungkin tidak betul-betul faham kepentingan di sebalik berita itu, kata bapanya kepada ST.


Rosmah Mansor Mungkin Tersentuh Dengan Kisah Ini


Menurutnya, Sheng Jie memang sudah lama berminat menghasilkan seni berkonsepkan dinosaur, dan mengkaji haiwan purba itu sejak berumur tiga tahun.

Dia merujuk pelbagai buku mengenai dinosaur, mengukir patung-patung kecil dan kemudian menterjemahkan apa yang dibacanya ke dalam bentuk lakaran, lapor ST.

Ibu bapa Sheng Jie kini tidak sabar mahu berjumpa sendiri dengan Puan Lee.

Sheng Jie merupakan pelajar Sekolah Pathlight yang terletak di Ang Mo Kio di bandar raya itu sejak sedekad, selepas menukar aliran akademik pada Tahun 4 kepada aliran vokasional.

Rosmah Mansor Mungkin Tersentuh Dengan Kisah Ini. Sekolah Pathlight menawarkan kelas seni mingguan bagi membantu golongan seperti Sheng Jie, dan kini mempunyai 36 pelajar.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...