Sunday, 14 August 2016

Ramai Dah Agak Berita Gempar Ini..

Ramai Dah Agak Berita Gempar Ini. Bank Negara Malaysia (BNM) menyelesaikan semua siasatan ke atas 1MDB dan mengambil semua tindakan perlu di bawah bidang kuasanya, kata Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

“Kami sudah menyelesaikan semua siasatan kami ke atas 1MDB berdasarkan semua maklumat dan kertas siasatan.

Ramai Dah Agak Berita Gempar Ini. “Kami mengenakan penalti kepada syarikat itu dan mengambil semua tindakan perlu mengikut bidang kuasa kami di bawah undang-undang dan kami sudah tutup siasatan berkenaan,” katanya selepas pengumuman prestasi pertumbuhan ekonomi suku kedua Malaysia hari ini.

Muhammad berkata demikian bagi mengulas jika bank pusat itu akan menjalankan siasatan baharu terhadap 1MDB susulan saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bagi merampas aset lebih AS$1 bilion (RM4.01 bilion) yang didakwa dibeli menggunakan AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.

“Apabila ia melibatkan kerjasama antarabangsa, kami tertakluk kepada protokol dan peraturan tertentu, kami akan tertakluk secara ketat kepada protokol berkenaan apabila ia melibatkan kerjasama dengan badan siasatan luar,” katanya.

Ramai Dah Agak Berita Gempar Ini


Pada April, BNM mengenakan kompaun ke atas 1MDB atas kegagalan mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan bank pusat itu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...