Tuesday, 16 August 2016

Rahsia Muhyiddin Terbongkar?

Rahsia Muhyiddin Terbongkar? Spekulasi sedang bertiup kencang kononnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi akan mempertahankan kerusi parlimen Pagoh pada pilihan raya umum akan datang, kata wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan.

"Trending pagi ini adalah cakap-cakap bahawa Muhyiddin ... mungkin tidak mempertahankan kerusi Pagoh tetapi sebaliknya akan pergi ke Muar, yang mempunyai lebih banyak pengundi Cina berbanding Jawa," katanya.

Rahsia Muhyiddin Terbongkar? Bekas ketua pengarang itu mendakwa berpindah ke Muar akan memastikan survival Muhyiddin, dan pada masa sama, menyingkirkan terus penyandang kerusi itu, Datuk Razali Ibrahim yang adalah timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ahiruddin, atau juga dikenali sebagai Rocky, berkata terdapat teori yang mendakwa sokongan ke atas bekas timbalan perdana menteri itu di Pagoh sedang merosot dengan begitu ketara.

Malah, katanya, jika pilihan raya umum diadakan tahun depan, Muhyiddin akan kehilangan kerusi yang disandangnya selama hampir empat dekad itu.

Rahsia Muhyiddin Terbongkar?


"Saya tidak mempunyai cara untuk mengesahkan atau mencabar teori itu. Tetapi saya sentiasa berpendapat beliau sangat popular di Pagoh, seperti popularnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

"Adakah mereka yang rapat dengannya akan menjauhkan diri kerana keputusannya untuk menubuhkan parti baru dan meninggalkan Umno?

“Jelas sekali, mereka akan. Lebih-lebih lagi, jika mereka ini menganggap Umno sebagai parti keramat. Dan masyarakat di Pagoh, kerusi di mana Muhyiddin berkhidmat sejak tahun 1978, amat menyanjungi Umno," katanya.

Muhyiddin dipecat daripada kabinet pada Julai lalu kerana lantang mengkritik cara Najib menagani isu 1MDB dan dituduh bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri.

Rahsia Muhyiddin Terbongkar?


Pada bulan Februari tahun ini, Muhyiddin digantung sebagai timbalan presiden Umno dan Majlis Tertinggi kemudiannya sebulat suara memutuskan untuk memecat beliau daripada parti itu pada bulan Jun.

Turut dipecat adalah anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz yang sebelum itu dipaksa meletak jawatan sebagai menteri besar Kedah.

Minggu lalu, Muhyiddin mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Rahsia Muhyiddin Terbongkar? Mahathir dijangka menjadi pengerusi BERSATU.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...