Wednesday, 3 August 2016

Putrajaya Ajak Rakyat Pakai Jubah

Putrajaya Ajak Rakyat Pakai Jubah. Program “Doa Untuk Malaysia” menampilkan tokoh agama Indonesia yang diadakan tahun lalu sempena bulan kemerdekaan akan diulangi tahun ini pada 13 Ogos, menurut Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Dan kali ini, Putrajaya mengajak umat Islam menyertai program di Dataran Merdeka itu supaya memakai pakaian jubah putih bagi lelaki dan jubah hitam bagi wanita, serta membawa sejadah.

Putrajaya Ajak Rakyat Pakai Jubah. “Marilah kita bersama-sama sehati sejiwa memanjatkan doa kepada Allah swt demi kesejahteraan negara,” kata Ketua Pengarah Jasa, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Program yang akan bermula pada 9.00 malam itu akan sekali lagi menampilkan dua tokoh agama Indonesia, Syech Abdul Qadir Assegaf dan Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid.

Program itu merupakan kali ketiga diadakan, dan tahun lalu dihadiri kira-kira 70,000 orang, menurut laporan akhbar.

Putrajaya Ajak Rakyat Pakai Jubah


Kali ini, Puad berharap menyasarkan 150,000 orang.

“Saya mengambil kesempatan menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama menyertai program Doa Untuk Malaysia untuk kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara yang dilanda pelbagai ujian ketika ini,” katanya kepada pemberita malam tadi, dipetik Bernama.

Putrajaya Ajak Rakyat Pakai Jubah. Katanya, program doa itu turut diadakan penganut agama lain di rumah ibadat masing-masing.

Program anjuran Jasa itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Pendidikan Cheras, dan Radio Televisyen Malaysia.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...