Wednesday, 10 August 2016

Punca Zaid Ibrahim Tidak Sertai Parti Baru Mahathir Tersebar

Punca Zaid Ibrahim Tidak Sertai Parti Baru Mahathir Tersebar. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti baharu yang dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Tidak, saya tidak akan menyertai parti baru. Pada hemat saya orang Melayu liberal progresif, berhemah pintar, tinggi moral dan yakin,” tulisnya .

Punca Zaid Ibrahim Tidak Sertai Parti Baru Mahathir Tersebar. Selain daripada itu, beliau turut mengingatkan rakyat bahawa orang Melayu tidak memerlukan Umno namun Umno memerlukan orang Melayu demi sokongan kepada parti itu, begitu juga dengan parti baharu.

“Bukan orang Melayu memerlukan Umno, tetapi Umno yang memerlukan Melayu. Sama lah parti baru,” katanya.

Zaid selepas keluar dari Umno menyertai PKR. Beliau bertindak keluar PKR pada 2010 ekoran tidak sehaluan dengan kepimpinan tertinggi parti itu.

Punca Zaid Ibrahim Tidak Sertai Parti Baru Mahathir Tersebar


Semalam Muhyiddin menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah RoS, Rosliza Mahidi.

Punca Zaid Ibrahim Tidak Sertai Parti Baru Mahathir Tersebar. Muhyiddin turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin; Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman; pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...