Saturday, 20 August 2016

PKR Rasional.. Ini Buktinya

PKR Rasional.. Ini Buktinya. Angkatan Muda Keadilan (AMK) berterus terang mengakui parti mereka masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian parti diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, tidak benar dakwaan bahawa PKR hanya mempunyai hubungan dengan Amanah sahaja.

PKR Rasional.. Ini Buktinya. “Keutamaan sekarang berhubung dengan semua pihak, tidak mengutamakan Amanah. Kita mahukan satu pakatan pembangkang yang kuat.

“Untuk katakan PKR hanya ada hubungan dengan Amanah pun tidak betul. Kita ada hubungan berterusan dengan Pas sekarang ini,” akuinya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas forum berkaitan masa depan Pakatan Harapan di pejabat Malaysiakini malam tadi.

Ditanya keutamaan PKR sama ada Amanah atau Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, semua parti pembangkang perlu duduk semeja berunding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.

“Keutamaan pada masa ini semua parti pembangkang perlu ambil antara dua sempadan sama ada mahu ‘reform’ iaitu hendak melakukan perubahan kepada sistem atau mahu mengekalkan status quo iaitu masih mahukan perdana menteri yang korup,” jawabnya.

PKR Rasional.. Ini Buktinya


Mengulas tentang sikap kepimpinan Pas yang dilihat berjinak-jinak dengan Umno, Dr Afif yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata, tanggapan itu terpulang pada tafsiran masing-masing.

“Kita tidak boleh anggap Hadi sebagai Pas. Kita berhubung dengan parti bukan dengan individu saja.

“Dalam kenyataan rasmi Pas dan muktamar mereka pun musuh utama mereka adalah Umno. Saya sendiri dengar ucapan (pemimpin Pas). Kita meneruskan hubungan dengan pimpinan Pas kemudian parti akan tentukan keputusan,” tegasnya lagi.

Ditanya lagi tentang had masa untuk PKR masih meneruskan hubungan dengan Pas ketika tempoh PRU14 semakin suntuk, beliau gagal memberi tempoh bagi tujuan tersebut.

“Kalau kita ada tarikh bila pilihan raya, kita boleh lagi deadlinenya bila. Kalau minggu depan (pilihan raya), saya nak kata macam mana?” soalnya pula.

Menurut Adun Seberang Jaya itu, beliau percaya masih ada harapan untuk parti pembangkang duduk berbincang.


PKR Rasional.. Ini Buktinya


“Saya masih baru dalam politik jadi Adun pada 2013. Mereka lebih maklum situasi politik dan faham sentimen di bawah. Rakyat mahu menolak kepimpinan Najib,” katanya.

Berbanding dengan parti Amanah, ujarnya, hubungan bersama parti yang bakal genap berusia setahun September depan sudah jauh ke hadapan.

“Kita dah tandatangan perjanjian dengan Amanah. Walaupun ada usul dari pimpinan akar umbi Pas untuk memutuskan hubungan (dengan PKR) tapi keputusan muktamar masih meneruskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Sekarang apa lebih penting gabungan pembangkang itu lebih kuat untuk berdepan BN,” katanya ketika menjawab nisbah keutamaan PKR lebih kepada Amanah atau Pas.

Menurutnya, pertandingan banyak penjuru perlu dielak pada PRU14 nanti dan keadaan itu hanya dapat dicapai dengan menggunakan logo PKR sahaja sebagai satu lambang blok pembangkang.

PKR Rasional.. Ini Buktinya. “Boleh duduk sekali (parti pembangkang). Satu lawan satu (dalam PRU14). Tentang Hadi tidak patuh (pada keputusan rundingan), itu sebab saya cadangkan pakai satu lambang saja,” ujarnya lagi sambil ketawa.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...