Tuesday, 2 August 2016

Petanda Umno Bakal Pupus Muncul Di Utara Tanahair

Petanda Umno Bakal Pupus Muncul Di Utara Tanahair. Pendedahan isu-isu semasa  dan mesej untuk mewujudkan parti baharu yang akan diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini dapat disampaikan dengan jelas kepada orang kampung di Arau dan Jerlun, kata Pengerusi Penyelaras Gerakan Selamatkan Malaysia Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, kebanjiran ribuan penyokong di Majlis 'Bicara isu-isu Semasa' di Arau pada 28 Julai  dan Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Jerlun pada 29 Julai lalu, membuktikan ahli akar umbi parti itu menyokong bekas pemimpin utama dari utara tanah air itu.

Petanda Umno Bakal Pupus Muncul Di Utara Tanahair.  Malah katanya lagi, ia bukan sahaja berkisar mengenai isu 1MDB yang diperjuangan Tun Mahathir semata-mata, bahkan pemecatan Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pengantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga dianggap sebagai isu nasional yang harus diberi perhatian oleh ahli akar umbi parti di dua negeri itu.

"Kali ini kita dapat lihat ribuan yang hadir untuk mendengar mesej yang akan disampaikan oleh bekas-bekas pemimpin Umno ini memang luar biasa.

"Mesej kepada orang Umno di kampung-kampung itu sudah sampai. Mereka kini memahami kenapa perlu diwujudkan parti baharu yang akan diterajui oleh bekas pemimpin Umno itu,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Mahfuz yang turut hadir dalam dua majlis berkenaan dan memberikan ceramah ketika di Arau berkata, sokongan padu ditunjukkan oleh penyokong begitu ketara di Jerlun.

"Saya sempat bertanyakan kepada penganjur ketika di Jerlun jumlah yang hadir mereka kata lebih 10,000 orang di rumah terbuka Mukhriz.

Petanda Umno Bakal Pupus Muncul Di Utara Tanahair


"Kebanyakan yang saya tengok mereka ini ahli akar umbi Umno dan antara 40 peratus adalah anak-anak muda dan golongan dewasa anggaran usia 50 tahun ke bawah yang hadir," ujarnya.

Beliau diminta untuk mengulas mengenai kebanjiran penyokong di dua lokasi yang diadakan dalam majlis tersebut yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Malaysia dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia yang dipelopori oleh Tun Mahathir bersama pimpinan parti pembangkang.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kebanjiran penyokong itu jelas dilihat Umno di dua negeri utara tanah air ini semakin longgar.

Walaupun tiada ahli mengisytiharkan keluar parti sebagimana di Sabah, tetapi sokongan yang begitu padu di dua lokasi itu ujarnya lagi, membuktikan mereka seperti menunggu masa untuk Tun Mahathir tubuhkan parti baharu itu.

"Kalau diamati sokongan yang diberikan nampak Umno di Perlis dan Kedah kini semakin longgar.

"Jika di Kedah dari segi sokongan rakyat secara keseluruhan saya lihat penerimaan orang terhadap Ahmad Bashah (Menteri Besar Kedah) dan pemecatan Mukhriz ditolak rakyat negeri itu.

"Rakyat tidak terima pemecatan Muhkriz dan rakyat juga tidak puas hati dari sudut kredibiliti yang ada pada Bashah.

"Tidak boleh dinafikan Mukhriz mempunyai personaliti orang baik yang berjaya menambat hati anak muda negeri itu, jadi penubuhan parti baharu itu sewajarnya dilakukan oleh bekas pemimpin Umno," ujarnya yang sebelum ini pernah berceramah di Pendang bersama kumpulan Sekretariat Selamatkan Malaysia.

Petanda Umno Bakal Pupus Muncul Di Utara Tanahair


Dimaklumkan gerakan Selamatkan Malaysia dianjurkan oleh beberapa kumpulan penggerak seperti Sekretariat Selamatkan Malaysia, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dan siri jelajah Muhyiddin bersama PKR manakala di Sabah pula penubuhan parti baharu diterajui oleh Shafie sendiri.

Ditanya siri jelajah seterusnya selepas Perlis dan Kedah, Mahfuz berkata ia masih lagi dalam perancangan.

"Kita ada banyak kumpulan dalam gerakan Selamatkan Malaysia selain Sekretariat Selamatkan Malaysia yang mana kami boleh bertemu dan berbincang mengenai perjalanan jelajah ini di mana-mana pejabat Pakatan Harapan.

Petanda Umno Bakal Pupus Muncul Di Utara Tanahair. "Ada juga negeri Kelantan nak jemput kita. Tetapi selepas ini belum tahu lagi di mana masih lagi dalam perbincangan," ujarnya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...