Wednesday, 3 August 2016

Pesawat Air Asia Ditangguh Penerbangan Kerana Ancaman Bom

Pesawat Air Asia Ditangguh Penerbangan Kerana Ancaman Bom. Pesawat AirAsia bagi penerbangan ke Banda Acheh yang dijadualkan berlepas pada 7.45 pagi tadi dari Klia2 terpaksa ditangguhkan susulan menerima ancaman bom dalam pesawat.

Astro Awani melaporkan, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan pengendali penerbangan, AirAsia mengesahkan mereka menerima ancaman bom dalam pesawat di Klia2.

Pesawat Air Asia Ditangguh Penerbangan Kerana Ancaman Bom. Difahamkan semua penumpang diarahkan meninggalkan pesawat buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang dijalankan.

Sementara itu, AirAsia mengesahkan penangguhan penerbangan pesawat AK423 berikutan berlaku gangguan keselamatan oleh penumpang dalam penerbangan.

“Oleh itu, Malaysia Airports kini bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan semua pihak berkuasa, dan situasi sedang ditangani mengikut prosedur operasi standard (SOP). Setakat ini, operasi penerbangan bagi pesawat lain tidak terjejas,” kata MAHB dalam satu kenyataan.

Pesawat Air Asia Ditangguh Penerbangan Kerana Ancaman Bom


AirAsia Berhad dalam kenyataannya berkata langkah keselamatan diambil mengikut prosedur standard operasi bagi berhadapan situasi seperti ini.

“Carian bom dijalankan dan pesawat itu diisytiharkan selamat. Semua penumpang dalam pesawat dalam keadaan selamat dan penumpang yang menimbulkan gangguan ditahan bagi siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Pada 21 Julai lalu, gurauan seorang lelaki yang mengatakan terdapat ‘bom’ di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mengakibatkan tiga penerbangan terpaksa dijadual semula.

Pesawat Air Asia Ditangguh Penerbangan Kerana Ancaman Bom. Siasatan mendapati kotak yang didakwa mengandungi ‘bom’ itu sebenarnya mengandungi kek lapis Sarawak.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...