Friday, 5 August 2016

Perkembangan Mengejutkan Dari Terengganu

Perkembangan Mengejutkan Dari Terengganu. PAS sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekiranya berlaku perubahan majoriti Dewan Undangan Negeri susulan kemelut dalaman Umno, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat.

Bagaimanapun, beliau mengakui ia hendaklah mendapat perkenan Sultan bagi menukar kerajaan kerajaan tanpa melalui proses pilihan raya.

Perkembangan Mengejutkan Dari Terengganu. “PAS ini bila-bila masa sahaja kita bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sekiranya majoriti kerusi memihak kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.

“Pendirian kita tetap sama, ini masalah dalaman Umno, biar dia selesaikan, kalau tidak mampu selesaikan juga, kena serahkan kepada rakyat balik mandat dengan membuat pilihan raya negeri, kalau tidak masalah ini menyebabkan rakyat menjadi serabut dan muak dengan kerajaan sedia ada.”

Krisis Terengganu yang bermula pada 2014 selepas Datuk Seri Ahmad Said dipaksa melepaskan jawatannya kepada menteri besar sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman, kembali hangat berikutan tindakan menghadapkan Adun Kijal itu ke Lembaga Disiplin Umno kerana mengkritik kepimpinan negeri dan Datuk Seri Najib Razak.

Perkembangan Mengejutkan Dari Terengganu

Sebarang tindakan memecat Ahmad Said, atau keputusannya sendiri untuk keluar Umno, akan mengubah kedudukan BN dalam DUN, yang memiliki 17 kerusi, sementara pihak pembangkang mempunyai 15.

Kedudukan Razif juga dikatakan terus ditekan ekoran kritikan terhadapnya daripada exco negeri, Ghazali Taib, yang juga Adun Ajil.

Saiful berkata Ahmad Said dan Adun BN lain yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Razif jangan hanya bercakap tetapi perlu keluar Umno dengan segera.

Perkembangan Mengejutkan Dari Terengganu. “Kita juga bersedia dalam apa keadaan sekali pun, maknanya kalau adakan pilihan raya sekali pun, kita sudah bersedia,” tambah Adun Paka itu.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...