Tuesday, 2 August 2016

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia. Pengasas rangkaian pasar raya Mydin, Mydin Mohamed Ghulam Hussein meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini, kerana sakit tua.

Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata bapanya yang berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada 5.06 petang.

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia.  “Bapa saya dibawa ke hospital kerana muntah-muntah selepas pulang dari kedai (Mydin) di Masjid India selepas waktu Zohor tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata jenazah dijangka dikebumikan di Mont Kiara selepas solat Zohor pada Rabu, setelah kepulangan anak bongsu Allahyarham yang menetap di Amerika Syarikat.

Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia


Ameer Ali berkata syarikat Mydin diasaskan arwah bapanya di Kota Baharu, Kelantan pada 1957.
“Arwah merupakan seorang yang sangat berdisiplin dan menepati waktu semasa berurusan dengan orang lain terutama dalam urusan perniagaan.

Pengasas Pasar Raya Mydin Meninggal Dunia.  “Arwah juga sering mengingatkan anak-anaknya supaya makan duit yang halal dengan menjalankan perniagaan yang jujur,” kata Ameer Ali yang merupakan anak ketiga Allahyarham.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...