Monday, 29 August 2016

Penganjur #TangkapMO1 Bakal Ditangkap

Penganjur #TangkapMO1 Bakal Ditangkap. Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam bagi membantu siasatan kerana tetap menganjurkannya walaupun tidak mendapat kebenaran polis.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka yang menganjur perhimpunan itu telah melanggar undang-undang dan akan disiasat menurut Seksyen 4, Akta Perhimpunan Aman.

Penganjur #TangkapMO1 Bakal Ditangkap. “Pihak polis telah maklumkan dari awal lagi bahawa kalau hendak menganjurkan apa-apa sahaja perhimpunan, pertama sekali penganjur mesti mendapatkan kebenaran daripada polis kerana ia membabitkan aspek ketenteraman awam.

“Memang mereka hantar (permohonan) bagaimanapun ia ditolak ekoran tidak memenuhi syarat antaranya gagal mengemukakan surat kebenaran daripada tuan punya tempat perhimpunan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara, di sini hari ini.

Penganjur #TangkapMO1 Bakal Ditangkap


Perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam, hambar dan tidak mendapat sambutan dan hanya disertai kira-kira 1,500 orang.

Sementara itu, Noor Rashid berkata semua pihak yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mematuhi undang-undang negara bagi memastikan mereka tidak dikenakan tindakan.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...